Nuffnang

Saturday 30 March 2013

Tip Keluarga Bahagia


Setiap pasangan yang berkahwin, pasti ingin merasai kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga yang dibinanya. Persefahaman dan sikap toleransi antara suami isteri amat penting dalam memastikan kerukunan di dalam sesebuah rumahtangga..









^Doa Ku^






Friday 29 March 2013

Perangai malas dah datang balik!!!




Baru sebulan berblog, nampak gaya macam dah lesu ..sebenarnya aku ni, buat apa-apa pun memang hangat-hangat tahi ayam ja...kalau sebelum ni semangat berkobar-kobar, tapi 2,3 hari ni dah tak rasa macam tu lagi..betoi la hati aku dok pesan , jangan dok pulun sangat tapi takmau dengar..

Aku takut lepas ni bersawang ja diari aku ni..tapi takpa, lama-lama sekali jenguk, baru boleh mop
kasi cantik..lagipun aku ni bukan wartawan, hari-hari kena cari berita..takat tulisan yang ntah apa-apa ni, apa la sangat, kan!!!!

rasanya sifat pemalas nak berkawan tu yang buat aku rasa boringggg..

adusss, minggu sibuk akan kembali dalam diari hidup aku..tu pun mungkin salah satu sebab yang buat aku kurang minat sikit dengan tugas kewartawanan tak bertauliah aku sekarang ni..

hari ni pun dah mula buat persediaan sikit-sikit, bawa anak gunting rambut...bila kemas, baru sedap mata memandang..cikgu tengok pun tersenyum..

musim cuti, musim kenduri..memang dah sinonim kann..tak kira la cuti berapa lama pun, mesti terima kad jemputan..esok pun ada satu undangan...nak pi dengan tak mau pi sama banyak tapi bila fikir balik, kesian juga, menapak jauh-jauh semata-mata nak kita hadiri majlis dia tapi kita buat acuh tak acuh ja..bukan kena pi buat reja pun..pi makannnn jaa..

Ok laaa, setuju!!!! bagi green light kat big boss..

encik abang ni, kalau dia ajak, kita takmau pi, tarik muka berbelas-belas laa jawabnyaaa...kadang-kadang, siap ugut nak balas dendam..

kalau takmau pi takpa!!!! kalau kawan dia kenduri nanti, jangan dok ajak abang..

oooo..cam gitu pulakkk...

kalau pi pun, bukan lama sangat..takkan nak duduk sampai tuan rumah suruh balik pulakk..
lepas tu, apalagi...melencong laaaa..tu niat aku sebenarnya .. ^^,



Thursday 28 March 2013

Tidur la Anakku..




Dah malam ni anak-anak..mata mama dah minta dibelai-belai..awat la takmau tidur-tidur lagi..tak pa, bagi chance berapa minit lagi, kalau macam ni juga gayanya, terpaksa guna cara kekerasan sikit..ubat tido?? yes...yes..

dah selesai pun..on ja bacaan Al-Quran ni, baru tau diam semua..pakat-pakat tarik selimut..yang abang dan kakak kalau pasang time-time macam ni, layu ja mata tu..cuma adik ja dok kukikkukik lagi, apa yang dia seronok sangat taktau la..nak cubit pun ada ni..big boss pulak time macam ni la pulak nak buat mesyuarat tergempar..nasib baik la dok cuti sekolah lagi, kalau tak, memang harusss ku rotan nii...

Pasai pa adik tak mau tido lagi???

Mama pun tak tido, dok main facebook ja..

Aikkkk, kita tunggu dia, dia tunggu kita pula..ni bukan facebook la, ni blog la sayang..

oooo..belog...(diam sat) mama!!! adik nak oblong...

ohhhh sudahhh!!! malam-malam buta pulak minta oblong..mentang-mentang la bunyi tu ada iras-iras..

emmmm...malam ni kita tidoq dulu, mama ngantuk laa.. esok kita cerita lain k..
(sambil buat muka simpati :-p)





Fuhhh..selamatttt...dengar kata pulak malam ni ^_^ ..jangan ada bunyi pulak lepas ni dah laaa...

Wednesday 27 March 2013

Kerana Mulut





Bila hidup berjiran ni, kena pandai  bawa diri, jangan nak bangga diri sangat..Sehebat mana pun diri kita, tak perlu la nak menyombong..

Seorang hamba Allah ni, mulut dia, boleh tahann..kali pertama aku tengok pun, aku dah nampak cara jelingan tu lain macam ja..tapi aku macam biasa la kan, memang tak pandai nak berkawan, kalau nak suruh aku yang tegur dulu tu, jangan harap la..aku ni memang jenis tak reti nak bersembang..takat senyum boleh la..

Aku memang pernah nak cuba tegur tapi yang membantutkan niat aku , bila tengok cara dia , tak pernah langsung nak senyum bila aku senyum..baik aku buat tak tau jer..orang lama yang memang dah kenai dengan 'makcik' ni, memang selalu bagi amaran dekat my big boss..dah ramai yang gaduh dan ada yang pindah kerana mulut dia..

tapi tak payah risau la, aku ni jenis tak amik port pun..kadang-kadang aku tengok dia memang suka cari pasal..macam-macam barang dia letak depan rumah, kawasan rumah orang lain pun dia sapu sekali.tu yang buat orang selalu gaduh dengan dia... yang paling aku tak tahan, penyidai baju orang pun dia kebas, habis satu kuarters dengar dia gaduh pasal berebut penyidai tu..yang buat aku lagi tak faham, bukan barang dia..

dekat aku, ada jugak la dia usik-usik manja..dia sapu sampah, dia biar depan rumah aku..kadang-kadang sampah yang dia nak buang, dia letak dekat jalan aku nak lalu , tapi aku buat tak tau..bila dah banyak kali buat, aku tak amik port, berenti la..pas tu dia cari mangsa lain pulak..yang aku kesian, dekat laki dia, menurut ja apa bini dia buat..tak cakap banyak..

aku pun tak berapa nak faham, seronok sangat ka buat orang benci atau dia ingat semua yang tinggal dekat situ tak setaraf dengan dia kott.. ^_^

Ni kisah lama yang aku saja imbas balik...'makcik' tu pun dah pindah, dah dekat dua tahun pun..aku pun tak pasti apa sebab dia, mungkin pindah duduk rumah sendiri kot..harap-harap jangan la dia buat perangai macam dulu jugak..kalau tak, kesian jiran dia..bagi aku, orang jenis macam ni sesuai duduk dekat kampung yang jauh dari orang ja..






Kahwin Kerana Apa??



gambar sekadar hiasan

Rasullullah s.a.w pernah bersabda , "Seorang wanita dinikahi kerana empat perkara" :- kerana harta, kerana keturunan, kerana kecantikan dan kerana agamanyanya.. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia..

Agama itulah yang paling penting sekali dan terutama dalam pemilihan calon pasangan itu. Tanpa agama, keluarga yang dibina akan hilang pedoman. Agama pula bukan dilihat semata-mata pada ketinggian ilmu pengajian agama di institusi pengajian tinggi. Seseorang yang beragama itu memadailah yang menjauhi dirinya daripada melakukan perkara-perkara kemungkaran yang dibenci oleh Allah Taala.

Tiada manusia yang sempurna, memadailah kita sebutkan disini bahawa orang yang beragama itu adalah mereka yang apabila melakukan kesalahan, sentiasa bertaubat kepada Allah S.W.T..


Tuesday 26 March 2013

Awas Orang Ketiga !!



Sesiapa yang minat sangat nak jadi orang ketiga ni, fikir-fikir la kesan dan baik buruknya kepada diri sendiri dan pasangan..Aku harap lebih baik undur diri sebelum terjebak..Takdak kebaikannya pun, timbul banyak masalah ada la..lain la kalau lelaki atau perempuan itu dah tukar status, boleh la cuba-cuba masuk line..ye tak..??

Keretakan punca rumahtangga ni selalu yang kita dengar berpunca daripada lelaki la, Aku pun heran, kenapa perempuan-perempuan ni berminat sangat dengan suami orang..Tak takut ka hukum karma, tak pernah terfikir ka hal ni kena balik kat batang hidung sendiri.

Perkembangan terkini menunjukkan mereka perosak institusi kekeluargaan Islam dan antara punca meningkatnya perceraian, terutama pasangan muda..

Balik rumah mak aku baru-baru ni, cerita ni jugak la yang tengah panas..ada jiran dekat rumah mengalami nasib yang sama.Kesian kat isteri dia,dah la anak kecik-kecik lagi, dengar cerita sampai nak berbunuh-bunuh..

Yang laki ni, dulu aku tengok ok ja, nampak setia benar dekat isteri, tapi bila dah pandai bermain mukabuku ni, lain pulak gayanya..hp tak lekang dari tangan..Dengar cerita, tengah gila bermain dengan janda, bukan sorang tapi ada la dalam 2,3 orang..Ohhh sudahhhh!!!

Mentang-mentang la outstation selalu..Jangan la nak merosakkan nama baik pemandu lori yang lain cik abe ooiii..!!

Harian Metro hari ini, "Individu pendorong kepada kacau bilau rumah tangga bakal dikenakan tindakan"..

Hukum penceroboh rumah tangga ikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Akta 559)..Majlis agama kuat kuasa undang-undang, Individu punca rumah tangga runtuh boleh dipenjara 3 tahun..

Seksyen 36 membenarkan orang yang disabit bersalah didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya atas kesalahan memujuk lari perempuan bersuami..

Seksyen 37 pula  merujuk kepada menghalang pasangan sudah bernikah hidup bersama sebagai suami isteri.. Jika disabit kesalahan boleh didenda RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali..



Tandas Sebagai Hadiah Perkahwinan




Salah satu 'perkara penting' yang diambil berat sebelum nak bawa bakal isteri masuk rumah ialah 'Bilik Air + Tandas'.. Bakal suami mesti nak bagi keselesaan, kan.. ^^,.. kalau boleh roboh satu rumah buat lain pun sanggup tapi takkan la sampai macam tu sekali kan..cukuplah memperbaiki apa yang sedia ada untuk lebih selesa..



Ni la hadiah daripada tunang adik aku, rumah dia sekarang ni tandas mencankung tapi disebabkan adik aku (Pinkyredlady Adda) dah biasa dengan tandas duduk ni, terpaksa la berkorban buat lain..lagipun kebanyakan rumah kampung memang normal la kan ada tandas mencangkung ni..orang-orang lama mana reti nak guna tandas jenis duduk ni..sama la macam rumah mak mertua aku, masih kekalkan lagi jenis tandas mencankung ni..walaupun aku pun tak biasa, tapi aku cuba-cuba gak la retikan diri..

Ni la ragam orang kita, bila rumah nak kenduri, kalau boleh semua nak 'cantik'.., nak sambut orang baru katakan..dah jadi kebiasaan..nak cat baru, langsir baru, kalau boleh tukar perabot, lagi laaa..sama ja macam raya..zaman la bukan perempuan ja pentingkan kesempurnaan, lelaki pun sama naik tau..

Masa kenduri adik aku yang sebelum ni pun Berry Lavynia, bukan belah perempuan ja sibuk cantikkan rumah, belah keluarga lelaki pun sama..kiranya sebelum nak kenduri, memang penat gilerrr laa bakal pengantin.. ^^,



Betul la kan apa orang cakap, kalau nak tahu seseorang itu pembersih atau tak, tengoklah tandas..

*Bersusah-susah dahulu, Bersenang-senang kemudian.. ^_^

Cara Mempelbagaikan gaya tudung


-Kat bawah ni ada pelbagai cara menggayakan tudung-



-Silalah cuba untuk mendapatkan gaya yang berlainan setiap hari-

-Pasti akan nampak lebih trendy-











Spikes Kini Jadi Kegilaan


YUNA menggayakan gaun bersulamkan STUD

Spikes dan Stud adalah sebahagian daripada fesyen budaya popular punk.

Gaya jaket, kasut, tali pinggang, rantai dan beg berduri seakan satu aksesori wajib kepada mereka yang menggenakan gaya punk ini.

Walaupun gaya Stud agak lama menyepi,  namun ia kembali popular sejak kebelakangan ini dalam kalangan remaja mahupun selebriti..

Padanan rekaan dan fesyen ini tampak menarik serta stylish apabila digayakan ketika bersantai atau menghadiri sebarang majlis..

Corak Kotak Corak Terkini




Kekotak, corak klasik yang tidak pernah pudar dalam apa jua aliran fesyen dari dahulu hingga sekarang. Sifatnya yang universal membuatkan motif kekotak masuk dalam apa jua gaya, sama ada untuk kemeja, blaus, mahupun baju kurung.Terkini, corak tersebut menular ke koleksi hijab dengan penampilan selendang kekotak eksklusif untuk gaya sederhana yang santai dan tidak keterlaluan..

Corak kekotak yang digabung bersama fabrik polos untuk kepelbagaian gaya pemakaian, selesa digunakan dalam apa jua suasana dan cuaca.

Ia memberi elemen santai bagi remaja untuk dipadankan bersama pakaian kasual, blaus dan jeans ketika keluar bersiar-siar..

Koleksi terbaru daripada Tudung Kuzie Kuala Lumpur (TKKL), facebook( Kuzie Kuala Lumpur)..

Hari Polis Ke-206



SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS YANG KE-206

Rasanya tak terlambat aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Polis yang ke 206 kepada semua anggota Polis Diraja Malaysia terutama kepada suami aku..

Tahniah juga diucapkan di atas semua pencapaian dan usaha Pasukan Keselamatan untuk menaikkan imej ke arah perkhidmatan masyarakat bertaraf dunia.

Sambutan Hari Polis yang diadakan di Pulapol, Jalan Semarak walaupun penuh Patriotik tetap diiringi dengan titisan air mata. Lebih memilukan apabila kesemua balu dan waris tampil mewakili kesemua 'Wira Negara' pada upacara kenaikan pangkat. Kesemua lapan Pegawai dan anggota yang gugur dalam Ops Daulat mendapat kenaikan pangkat secara Medan Posthumous.

Sekali lagi ucapan takziah dari aku kepada semua ahli keluarga wira negara yang terkorban. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman di sisi Allah S.W.T

Anggota yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas kiram di kampung tandou pada 1 mac

Asisten Supritendan Zulkifli Mamat 29,
Sarjan Sabarudin Daud 46,

Anggota yang gugur di semporna pada 2 mac

Asisten Komisioner Ibrahim Lebar 52,
Michael 36,
Sarjan Mejar Baharin Hamid 49,
Sarjan Mejar Abdul Aziz Sakirun 48,
Sarjan Salam Togiran 42,
Koperal Mohd Azrul Tukiran 27

Sekadar memperingati jasa mereka sebagai 'Wira Negara'..






Monday 25 March 2013

Sedut Gas




Lama-lama sekali, anak aku mesti batuk, tidoq pun tak boleh..mesti bangun tengah-tengah malam..
kesian aku tengok..pakat berjaga aku dengan abah dia, gilir-gilir bangun..abang dan kakak ok ja.aku pun tak berapa faham apa punca dia, sebab susu ka..?? lama-lama sekali mesti nak jadi jugak.

"Tak boleh jadi ni, esok mesti kena bawa p klinik juga, kahak banyak ni", abang aku kata

Aku pun angguk ja la, lepas abah dia sapu vicks, bagi pakai breath kids, baru nampak macam ok sikit. Walaupun batuk tapi dapat juga tidoq..biasanya kalau jadi macam ni, bila makan mesti nak keluar balik, dia pun jadi takut nak makan..

badan pun dah nampak susut sikit...kena bawa pi klinik cepat-cepat.kalau biar, takut melarat..takut dapat jangkitan kuman.

"Penat ada sikit, tapi tak teruk sangat, antibiotik mesti kena bagi makan sampai habis"..tu la yang selalu doktor cakap..selalu memang klinik pakar ni la kami mai, dari abang sampai adik..berulang kat sini ja..ubat dia memang mahai sikit tapi bagus..pernah juga cuba bawa p klinik lain tapi tak serasi..

Kadang-kadang aku fikir macam membazir, klinik bukan pakar pun ok apa..tengok ramai ja orang pi..
abang aku kata, kalau sesuai takpa la..sebab sayang duit, anak sakit nak buat apa..kalau 2, 3 kali kena ulang amik ubat, rasanya sama ja harga dia..anak-anak kecik , memang la kena bagi perhatian lebih sikit..kalau buat sambil lewa ja, jadi apa-apa, menyesal pun dah tak guna dah.. kalau dah teruk, lagi banyak duit kena keluar. dia mula dahh!! nak start jadi kaunselor la tu..

Anak aku, masa kali pertama pakai alat ni, memang tak duduk diam, asyik nak teriak ja..tapi bila dah biasa , baru ok..orang kata tak elok sangat kalau kerap pakai alat ni, aku tanya kenapa?? tapi takdak jawapan pun..kalau tanya aku, sahih la aku tak tau..

harap-harap bila dah besar sikit, tak jadi macam ni lagi..

Semoga anak-anak mama sihat selalu, InsyaAllah..





Beg Oh Beg !!





Sekolah baru tiga bulan ja tapi beg sekolah anak aku yang dua beradik tu  macam dah pakai 2,3 tahun..Kalau abang memang pandai jaga barang, bagi pi la apa-apa pun, mesti dia simpan elok..kakak dan adik memang dah tau sangat, tu la suka sangat usung..

kalau aku, rasanya ok lagi kot tapi abah dia memang suka sangat manja anak-anak..biarlah, bukan guna duit aku pun..harap-harap kali ni, tahan la sampai hujung tahun..

Gowns Of Elegance














Flower girls Dresses