Nuffnang

Saturday, 16 March 2013

Nak Petua!!!!


PETUA UNTUK MERAWAT GUSI BENGKAK

Jika gusi anda busuk dan berlubang serta lambat mendapat rawatan, anda mungkin mengalami bengkak pada gusi.Bengkak gusi ini mungkin mengalami nanah yang mana membuat anda sukar makan kerana sakit dan berdenyut,Untuk mengatasinya, ambil umbut nanas,hancurkan, setelah itu campurkan dengan sedikit garam halus.Tampalkan pada gigi anda yang ada kesan bengkak.Biarkan sehingga kering.


PETUA UNTUK MERAWAT ASMA

Untuk Orang Dewasa:-

Pilihan 1-Cari seekor belut.Ambil sekeping roti atau apa-apa sahaja roti keping, Dengan menggunakan roti keping, lurutkan seluruh badan belut tadi untuk dapatkan lendirnya.kemudian makan lendir tersebut.Kalau tidak lalu,carilah kreativiti untuk membolehkan anda makan lendir belut tersebut.

Pilihan 2-Dalam perubatan melayu tradisional,tumbuhan seperti sireh digunakan bagi merawat asma dengan cara merebus pekat daun sireh dengan gula batu.Kemudian, minum ketika suam-suam.Bagi menerbitkan rasa lega ketika serangan, daun sireh dilayur di atas api dan ditempelkan ke dada.

Pilihan 3-Kisar daun saleri bersama dengan buah betik untuk dijadikan jus, kemudian minum.

Pilihan 4-Ulam pegaga boleh dijadikan penawar asma di mana daunnya dikeringkan kemudian direbus dan diminum airnya ketika suam.

Pilihan 5-Lidah buaya boleh merawat asma.Air perahan daunnya amat berkesan diminum oleh penghidap asma.

Pilihan 6-Ambil bunga lawang,rebus dan minum airnya.

Pilihan 7-Ambil isi kunyit,rebus dan minum.

Pilihan 8-Ambil 4-5 helai daun buah keras laut.Ramaskan daun tersebut dengan air bersih.kemudian saringkanlah setengah gelas.Embunkan semalaman, sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi.Apabila bangun tidur,ambil air tersebut dan campur dengan madu.Minum ramuan ini berulangkali setiap pagi.

Pilihan 9-Untuk mengatasi masalah penyakit sakit dada atau sesak nafas,anda hanya perlu merebus beberapa buah mata kucing.Apabila telah mendidih,sejukkan airnya untuk diminum.Amalkan seberapa banyak yang boleh.Secara tidak langsung juga, ianya boleh mencairkan darah haid yang sering beku.

Untuk kanak-kanak

Cari sebiji betik muda sebesar penumbuk dan 1 sudu madu lebah asli dan sebatikan.Beri minum kepada kanak-kanak yang terkena asma.



PETUA SENAMAN UNTUK KECILKAN PAHA


  1. Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding(seperti dalam gambar).
  2. Rehatkan tangan pada dinding dan turun perlahan-lahan.Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk.Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.
  3. Bila anda sudah 'duduk', cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula.kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan.Setelah membiasakan diri,anda pasti akan bertahan lebih lama.
  4. Pastikan badan anda sentiasa tegak semasa 'duduk'
  5. Cuba capai selama 10 saat pada permulaan,dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukan beberapa kali.Lakukan 5 kali setiap hari.
  6. Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda.Mula-mula mungkin susah, tetapi kalau sudah lama-lama, anda pasti berasa sudah biasa.




PETUA UNTUK TUBUH SEGAR DAN LANGSING

Jika anda mengalami masalah berat badan,air asam jawa baik dijadikan minuman harian.Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.Caranya, ambil sebuku asam jawa dan ramas ke dalam air sebanyak 1 gelas.Masukkan kedalam peti sejuk dan jadikan minuman,selepas anda makan tengahari atau makan malam.Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda bertambah segar dan langsing.

PETUA UNTUK MELAMBATKAN MUKA ATAU LEHER BERKEDUT


  1. Anda perlu menyediakan topeng muka(masker) buatan sendiri
  2. Ambil sebiji telur dan gunakan bahagian kuning telur sahaja.Bahagian putih,anda boleh simpan dahulu.
  3. Kemudian,titiskan beberapa titis minyak sayuran keatas kuning telur tadi.
  4. Kacau campuran itu sehingga sebati.Pastikan campuran tersebut tidak terlalu cair atau pekat.
  5. Sapukan campuran tersebut ke seluruh wajah anda dan biarkan sehingg ia kering.Lebih kurang dalam 15 ke 20 minit.
  6. Kemudian,barulah anda cuci muka dengan air bersih.
  7. Anda boleh mengamalkannya 1 atau 2 kali dalam seminggu sebagai permulaan.Kemudian apabila kulit anda bertambah baik,boleh jarakkan sedikit tempuhnya.Contohnya seperti anda buat 2 minggu sekali atau sebulan sekali. Kalau anda ingin buat topeng muka dengan putih telur pun boleh.Buat selang seli.Sekali guna kuning telur+minyak sayur.Giliran seterusnya anda pakai putih telur+minyak sayur.Kedua-dua bahagian telur itu baik untuk kulit.


Kalau rajin cubalah yer!!! 

No comments: