Nuffnang
Friday, 15 March 2013
Perbezaan Jin,Iblis dan Syaitan
Jin, Iblis dan Syaitan..
Ketiga-tiganya adalah antara makhluk ciptaan selain Malaikat dan Manusia. Menurut Al-Quran, jin dicipta sebelum manusia dan kedua-duanya menghuni dunia ini..
Nama jin diambil sempena asal kejadiannya yang tersembunyi daripada mata manusia, iaitu berasal dari kata kerja'janna' yang bermaksud 'tertutup','terselindung' dan 'tersembunyi'..
Jin tergolong dalam dua golongan, iaitu jin beriman dan jin kufur.Dikategorikan dalam jin kufur atau kafir ialah nama seperti ifrit, syaitan dan qarin..
Iblis pula berasal daripada golongan jin seperti disebut dalam Al-Quran:" Dan (ingatkanlah peristiwa) tatkala kami berfirman kepada malaikat: "sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan iblis,ia berasal daripada golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya..
Manusia tidak mampu menguasai golongan jin. Bagi Nabi Sulaiman a.s ,baginda dapat mengusai jin kerana diberi anugerah berbuat demikian dan ia adalah antara mukjizatNya..
Jesteru, manusia sewajarnya tidak berkawan dan mempercayai jin. Ini kerana mereka sentiasa mencuba sedaya upaya supaya manusia melakukan dosa besar sehingga syirik kepada Allah Taala..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment