Nuffnang

Friday, 22 March 2013

Katakan Tak Nak!!







Memang la janji sehidup semati tapi tak janji nak tanggung penyakit sama-sama kan!! hahaha

Che Abang aku pun perokok tegar jugak tapi bila dah kahwin dan dah ada anak ni, bila nak merokok, nasib baik la dah pandai cover-cover line..dah tak hembus ikut suka dah, kawasan larangan katakan..

Kadang-kadang pandai pulak bercerita tentang bahaya 'Asap Rokok ni' dekat aku..bahaya kalau anak-anak hidu la dan macam-macam lagi la..kalau bab nasihat ka,ceramah ka, memang serah dekat dia la..Nak nyampuk pun tak sempat..

Tapi!!!

Bila aku kata,dah tau bahaya, kenapa nak hisap jugak, tak takut ker???

Jawapan klise..

Abang macammana pun takpa, janji anak-anak sihat dah la..lagipun dah tak boleh nak tingai dah..

Emmm..ye ker? kalau orang lain, aku tak pasti la..tapi Che Abang aku memang dah pernah cuba berhenti bila aku bersalin anak sulung kami dulu..Semangat nak jadi bapa la katakan..

Tapi sayang...cuma dapat bertahan 6 bulan ja kalau tak silap aku..lepas tu Harusssss!!!

Masa dia nak berhenti dulu tu memang teruk jugak la, kalah orang mengandung aku rasa..tak semangat langsung, letih ja memanjang..sebab tu la tak dapat nak bertahan..Bukan sekali 'cubaan' berhenti rokok ni, kalau tak silap aku, ada la dalam 2,3 kali tapi semuanya tak berhasil..

Kesudahannya, masih lagi jadi peminat fanatik walaupun bukan main demand lagi harganya!!

hehehe....Apa pun tak boleh..(pinjam sat tagline "Jambu"..)


1 comment:

Nana Liena said...

lawak la kartun tu..ahaha.hidup mati bersama..hehe..aptb.. siyes sya anti lelaki perokok..harap bakal suami tak mrokok..amin..inshaAllah..fuh fuh fuh