Nuffnang

Friday, 15 March 2013

Doa Kebahagian Suami Isteri


Assalamualaikum...

Untuk n3 aku kali ni,aku nak kongsi sikit tentang Tip Kebahagian Suami Isteri..
Bukan nak tunjuk pandai tetapi  sebagai renungan kita bersama..
Kalau dah masuk alam rumahtangga ni, isu yang paling sensitif adalah bab cerai berai.
Tanyalah dekat sapa pun tapi kalau dah namanya 'perempuan' pasti akan benci punyalah dengan status "J".. Aku rasa takdak sapa pun kat dunia ni yang nak kahwin,lepas tu nak cerai..Aku pun kalau nak cerita panjang lebar bab masalah rumahtangga ni memang tak berani la sebab kita pun apa kurangnya, tak tahu sebenarnnya masalah tu berpunca daripada sapa sebenarnya,apa punca masalah,macammana boleh jadi macam tu,sapa yang bersalah..


Kebiasaan yang selalu kita dengar punca krisis antara pasangan suami isteri ni ,salah satunya mesti berpunca dari orang ketiga.Aku memang bengang jugak la kalau kes-kes yang ada kaitan dengan orang ketiga ni..
Serius,memang tak setuju langsung dengan lelaki macam ni..Besalah,naluri wanita,mesti 100% sokong wanita.Lagipun serius, aku takut jugak dengan kes yang macam ni tp Alhamdullillah,aku dan suami dah masuk  7 tahun hidup bersama..walaupun pelbagai ragam dan pahit manis yang  kami tempuh..


Apa kata hampa scroll lagi kat bawah...


Inilah serba sedikit yang aku dapat kongsi ngan hampa...

Doa Kebahagian Suami Isteri

Ya Allah, peliharalah hubungan kami suami isteri....Bahagiakanlah kami berdua disamping zuriat kami... 
In Shaa Allah

Ya Allah...
mesrakan antara hati hati kami, tunjukkanlah kami jalan yang selamat,
Lepaskan kami daripada kegelapan kepada cahaya,
Hindarkan kami dari segala kejian yang zahir ataupun tersembunyi.

Ya Allah...
Indahkanlah rumah kami dari Kalimat-kalimat Mu yang suci,
Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan Asma MU,
Penuhilah kami dengan amal soleh yang Engkau redhai,
Jadikan mereka Yaa Allah teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah...
Damaikanlah pertengkaran antara kami, tautkan hati kami,
dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamtan,
Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya,
Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah...
Berkatilah pendengaran kami,
penglihatan kami,
hati kami,
suami/isteri kami,
keturunan kami, dan
ampunilah kami.
Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Aminnn....


Lagi...
Untuk tatapan dan disertakan beberapa Doa buat kawan-kawan semua dalam menjadikan kehidupan kita lebih baik dari hari kelmarin..Semoga kita sama-sama dapat amalkan..
Insya Allah..

-Mutiara kata-


-Doa-




No comments: