Nuffnang

Tuesday 26 March 2013

Hari Polis Ke-206



SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS YANG KE-206

Rasanya tak terlambat aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Polis yang ke 206 kepada semua anggota Polis Diraja Malaysia terutama kepada suami aku..

Tahniah juga diucapkan di atas semua pencapaian dan usaha Pasukan Keselamatan untuk menaikkan imej ke arah perkhidmatan masyarakat bertaraf dunia.

Sambutan Hari Polis yang diadakan di Pulapol, Jalan Semarak walaupun penuh Patriotik tetap diiringi dengan titisan air mata. Lebih memilukan apabila kesemua balu dan waris tampil mewakili kesemua 'Wira Negara' pada upacara kenaikan pangkat. Kesemua lapan Pegawai dan anggota yang gugur dalam Ops Daulat mendapat kenaikan pangkat secara Medan Posthumous.

Sekali lagi ucapan takziah dari aku kepada semua ahli keluarga wira negara yang terkorban. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman di sisi Allah S.W.T

Anggota yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas kiram di kampung tandou pada 1 mac

Asisten Supritendan Zulkifli Mamat 29,
Sarjan Sabarudin Daud 46,

Anggota yang gugur di semporna pada 2 mac

Asisten Komisioner Ibrahim Lebar 52,
Michael 36,
Sarjan Mejar Baharin Hamid 49,
Sarjan Mejar Abdul Aziz Sakirun 48,
Sarjan Salam Togiran 42,
Koperal Mohd Azrul Tukiran 27

Sekadar memperingati jasa mereka sebagai 'Wira Negara'..






No comments: