Assalamualaikum...
Selamat buat sesuatu yang baru. Selamat mencuba untuk diri sendiri! Kata adikku,berblog ini seronok. Tempat berkongsi maklumat dengan kawan-kawan dan kita boleh berkongsi apa saja yang kita suka. Jadi aku rasa ,aku pun mahu menggunakan blog untuk berkongsi maklumat dengan kawan-kawan semua.
Banyak juga blog aku baca sebelum aku buat keputusan untuk buat blog aku sendiri. Aku sebenarnya suka baca blog mengenai kisah zaman kanak-kanak,dan apa saja cerita mengenai diri mereka sendiri,cerita ringan2 ja la..Aku memang tabik spring dengan orang yang macam ini sebab bahasa yang mereka gunakan boleh membuatkan mood aku kembali segar. Sekarang pun diri aku masih sama,minat dengan cerita tapi aku nak cuba kongsikan kisah yang pelbagai sikit, Al-maklumlah orang baru,masih hijau lagi dalam dunia
sastera-sastera ni.. Macam-macam orang tulis dalam blog, kisah dia bangun pagi, gosok gigi, pakai baju apa, sarapan pagi apa, memandu ke kolej/pejabat, jumpa siapa, balik pukul berapa, beli apa, semuanya ditulis dalam blog.
Aku tidak nampak apa faedahnya tulis begitu, Apa faedahnya pada orang baca, Tetapi kakak dan adikku yang lebih dahulu mengenali dunia blog ini memberitahu aku, kita tulis blog ini untuk kepuasan diri kita sendiri, bukan hendak minta orang lain baca tetapi kalau ada orang lain membaca, itu sebagai kredit buat kita dan memang ada baiknya juga! Tetapi bagi pendapat aku la, aku rasa lebih baik kalau dapat berkongsi kan..kan...lagipun tadi aku kata tujuan aku untuk berkongsi maklumat,jadi kalau setakat nak baca sendiri, lebih baik aku tulis dalam diari saja...hehehe
Hmm, Maka aku pun mulalah dengan perasaan terujanya, terbuka hati untuk berblog...tapi pada malam ini, setelah seharian aku melakukan pembedahan untuk mencantikkan isi blog aku, aku hanya dapat menceritakan serba sedikit mengenai siapa diri aku dan keluarga aku...sebab dah penat sangat laa...^_^..
Ok, aku mulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim....
Ini gambar aku bersama dengan suami dan anak-anak. Gambar ini diambil awal tahun 2013, gambar baru lagi. Jom tengok ^^,
Anak-anak aku, Muhammad Hazim Haziq,6 tahun..Nur Dhiya Lutfia,5 tahun dan Muhammad Dhamin Dafi, 4 tahun..Semuanya sudah bersekolah di TADIS ( Tadika Islam) Kg. Kastam..
Gambar ini pula diambil dalam bulan Mac,2013. Nak ambil gambar model-model cilik ni,jenuh jugak la aku, sebab semuanya juara pecut,susah jugak nak suruh depa ni duduk diam-diam,keras, tak buat apa-apa. Tapi hasilnya Oklahhh ^_^, Alhamdullillah, dapat jugak snap..
-Permata Hatiku Muhammad Hazim Haziq-
-Cinta Hatiku Nur Dhiya Lutfia-
-Pengubat Hatiku Muhammad Dhamin Dafi-
Inilah "Aku" Salfarina Binti Ghulam Rasol..cukuplah sekadar nama sebab takdak apa pun nak diceritakan..
-Aku bersama dengan suami 'Syamsyul Raymi bin Din'-
No comments:
Post a Comment