Nuffnang

Saturday, 16 March 2013

Nak Tidur?? Baca Dulu...



SUNNAH-SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W. SEBELUM, KETIKA DAN SELEPAS TIDUR

#Sebelum dan selepas tidur,baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan Doa Masnun (Doa harian) tapi hakikatnya harga yang ALLAH S.W.T janjikan adalah Syurga.

#Jangan tidur menghadap kaki ke arah kiblat, ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

#Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah,sekiranya dia mati malam tu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah??  Subhanallah 33x, Alhamdullillah 33x,
Allahuakbar 34x..

#Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

#Niat untuk bangun Tahajjud,sekiranya tidak terjaga,Allah s.w.t akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam..'Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

#Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

#Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur,Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

#Tidur cara Rasullullah s.a.w dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi..Banyak lagi sunnah Rasullullah s.a.w yang boleh di amal,semuanya mudah dilakukan.Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.


*Insya Allah amal dan sampaikan ^_^






No comments: