Nuffnang

Saturday, 16 March 2013

Sailor Moon Kartunku


Nak buat reja pun tak berapa senang,..asyik dok teringat dekat blog aku ni ja! besa la, benda baru lagi, lagi tak jemu,lagi tu la aku dok mengadap benda alah ni.. apa saja benda yang baru kita buat,memang hari-hari kita nak belek, tak senang duduk punya la..sama la macam kita beli barang baru, contoh macam baju ka, hari-hari kita tengok,lagi tak puas,lagi tu la kita tengok..

Hari ni aku rasa nak cerita pasai gambar kartun dolu-dolu yang aku ngan adik beradik aku memang tak pernah miss..aku rasa kalau hampa pun sama zaman dengan aku,hampa pun mesti suka tengok jugak..kiranya ni dalam zaman 90 an la..zaman ni aku dah masuk sekolah rendah..

Aku pun sebenarnya dah tak berapa nak ingat tapi aku cuba jugak nak ingat,perah otak balik.hehehe
kalau ada mesin masa macam gambar doraemon, kan baguih..sory la,kalau ada yang tak berapa nak faham bahasa yang aku guna ni sebab aku suka guna loghat aku sendiri..Penang Mariii...^_^..

Teringat balik masa aku belajar kat kolej dulu,kakak-kakak yang satu bilik ngan aku kebanyakannya memang asal Kuala Lumpur, tapi ada jugak yang dari Terengganu,Johor dan kalau tak silap aku Negeri sembilan..Depa ni memang kaki tengok tv..

Ada hari tu,tengah syok-syok aku landing atas katil aku,depa panggil, ajak tengok tv sekali..aku pun, dengan segannya, terpaksa la bangun..nanti kata sombong pulak..sampai kat depa, duduk pun tak lagi,memang aku dah tau la gambar yang dok main kat tv tu cerita apa tapi saja ja nak buat ramah la konon,mulut aku pun gatai la tanya,

tengok "gambar" apa tu...??

kakak-kakak kat situ buat muka blurr, lepas tu depa bantai gelak kat aku..depa kata:-

apa gambar-gambar??gambar tu yang keras,tak boleh cakap tu,ni cerita la...hehehe..

aku pun buat muka slumber,terus duduk sambil layan gambar tu sampai habis..dekat tempat aku ni memang la orang sebut gambar..lagi satu "segan"..depa kalau aku sebut segan tu,depa mesti ingat aku kata "malu" tapi sebenarnya dekat sini segan tu maksudnya"malas"...

ok,balik pada cerita aku pasai kartun dolu-dolu..kartun yang aku paling minat Sailor Moon..
mai aku cerita sikit pasal kartun ni..


Sailor Moon merupakan siri tajuk terkenal yang asalnya dikarang sebagai manga oleh Naoko Takeuchi yang kemudiannya turut dijadikan anime, teater muzikal,permainan video dan tokusatsu, iaitu aksi hidup.
cerita ini berkisar tentang kumpulan pelindung yang telah diberikan kehidupan baru setelah kerajaan mereka musnah yang melindungi sistem suria dari kejahatan.Sailor moon secara amnya mempopularkan konsep sentai iaitu (kumpulan) perempuan yang mempunyai kuasa berbanding anime yang hanya memaparkan seorang perempuan.

cerita dia macam ni watak protagonis sailor moon adalah Usagi Tsukino yang hidup sebagai gadis sekolah menengah yang biasa hinggalah ditemui oleh seekor kucing yang boleh bercakap bernama Luna.
Melalui Luna, Usagi mendapati yang dunia akan diserang oleh kerajaan gelap yang pernah wujud suatu masa dahulu dan memusnahkan Nusa Bulan. Kuasanya kemudian dibangkitkan untuk mempertahankan Bumi menentang anasir jahat dan dibawa bertemu dengan sekumpulan rakan untuk menyertainya dalam pertarungan kali ini.Usagi berjuang dengan menggunakan identiti Sailor Moon.

Plot berkisarkan lima cerita utama, setiap satunya dipaparkan dalam kedua-dua manga dan anime, lazimnya dengan nama yang berbeza. Pembahagiannya ialah plot kerajaan gelap,plot black moon,(sailor moon R), plot ifiniti(sailor moon S), plot mimpi(sailor moon Supers), dan plot bintang(sailor moon Stars).Anime menambah lengkuk cerita kecilan pada permulaan siri kedua, dan menghabiskan beberapa episod pertama sailor stars,untuk merangkumkan plot dari siri sebelumnya.


Mai kita lihat pulak watak kecil Sailor Moon...Jom Layan..

Usagi Tsukino
Gadis sekolah yang ceria dan sangat menyayangi semua orang. Dia menjadi srikandi yang digelar sailor moon. Pada permulaan siri, dia digambarkan sebagai seorang perempuan yang kuat menangis,tidak matang,bencikan peperangan,menentang kejahatan dan tidak  mahu apa-apa selain menjadi gadis biasa.Lama kelamaan dia mampu menggunakan kuasa yang ada dan menjaga keamanan. Di dalam siri pertama, ingatan masa lampaunya dikembalikan,dan dia mendapati dirinya adalah Princess Serenity dari kerajaan bulan dan juga dalam siri ketiga,dia akhirnya mengetahui bahawa Usagi kecil adalah anaknya pada abad ke-30. Didalam siri super sailor moon,kuasanya meningkat,menjadikan dirinya super sailor moon dan ianya berterusan sehingga ke siri Sailor Stars dimana dia akhirnya digelar sailor moon abadi.

Mamoru Chiba
Seorang pelajar yang lebih tua dari usagi.Ketika kecil dia mengalami kemalangan ngeri yang meragut nyawa kedua ibu bapanya serta ingatannya.Ketika dalam siri,dia mempunyai kebolehan prarasa,termasuk mimpi yang mengilhamkan untuk menyamar sebagai Tuxedo Mask dan berlawan disamping srikandi sailor.Selepas awal perhubungan mereka,dia dan usagi mengingati zaman silam mereka bersama dan Jatuh Cinta kembali.

Ami Mizuno
Seorang pelajar ulat buku yang pendiam dikelas Usagi.Dia mempunyai kebijaksanaan yang tinggi,dengan ura-ura mengatakan IQ nya mencecah 300, dan mampu bertukar menjadi sailor mercury,mempunyai kuasa terhadap semua fasa air,keghairahan ami terhadap ilmu pengetahuan dan sikap prihatinnya terhadap orang sekelilingnya ditutupi dengan sifat pemalu beliau.Dia bercita-cita menjadi doktor seperti ibunya dan sering menjadi orang yang praktikal dalam kumpulan.Dalam diam,dia meminati muzik pop dan novel romantik, dan menjadi malu apabila diketahui orang.

Rei Hono
Bomoh wanita yang anggun(gadis tokong).Disebabkan pekerjaannya sebagai seorang tokong shinto,Rei mampu merasakan kehadiran dan mampu menghalau kejahatan walaupun dalam bentuk orang biasa.Apabila dia bertukar menjadi sailor mars, dia mampu mengawal api.Rei sangat serius dan fokus, tetapi senang terganggu dengan sikap Usagi dan sangat menjaganya,Rei dipaparkan sebagai seorang yang tidak meminati bibit romantis dalam manga.Dia menghadiri sekolah katolik,berlainan dengan yang lain.

Makoto Kino
Pelajar tomboi yang baru berpindah ke sekolah Usagi.Dia mempunyai badan yang tinggi dan kuat bagi seorang pelajar sekolah Jepun dan mampu bertukar menjadi Sailor Jupiter.Kuasanya termasuklah serangan petir dan mengawal tumbuhan.Kedua ibu bapa Makoto meninggal dunia akibat kapal terbang yang terhempas,dan hal tersebut menyebabkan dia tinggal keseorangan dan menjaga dirinya sendiri.Dia mengembangkan kekuatan fizikalnya disamping minat domestik seperti berkebun,memasak dan menghias rumah.Dia berhasrat untuk berkahwin muda dan memiliki kedai bunga dan kek.

Minako Aino
Orang  yang kuat berangan-angan ini pernah menjadi Sailor V,buat satu tempoh.Dia ditemani oleh kucing yang bernama Artemis yang bekerja bersama dengan Luna dalam memimpin srikandi sailor.Minako mampu menjelma kepada Sailor Venus,srikandi cinta dan ketua kepada pelindung dalaman sailor moon.Dia juga berhasrat untuk menjadi penyanyi terkenal dan idola remaja dan menghadiri uji bakat selagi boleh.

Chibiusa,Usagi Kecil
Bakal anak perempuan Usagi dan Mamoru,chibiusa mengembara dari abad ke-30 untuk menyelamatkan ibu bapanya,dan kemudian berlatih bersama Sailor Moon untuk menjadi perajurit.Dia belajar untuk bertukar menjadi Sailor Chibi Moon.Perhubungannya dengan ibunya dalam abad ke-20 kadang kala mencetuskan pergaduhan,kerana dia menggangap dirinya lebih matang daripada usagi,tetapi semakin cerita berkembang,hubungan antara mereka semakin rapat.

Setsuna Meioh
Seorang wanita misteri.Dia mula diperkenalkan sebagai Sailor Pluto,srikandi penjaga masa.Tugasnya melindungi pintu ruang masa dari pengunjung yang tidak berkeizinan.kemudian dia muncul di bumi sebagai seorang pelajar kolej.Dia mempunyai personaliti yang tegas tetapi mesra dan membantu perajurit sailor selagi mampu.Ketika menjaga pintu masa,dia turut merasa kesunyian lalu melembutkan hatinya untuk berkawan dengan chibiusa.

Michiru Kaioh
Seorang pakar violin yang mempunyai sedikit prarasa.Setahun lebih tua dari srikandi sailor dan mampu bertukar menjadi Sailor Neptune.Mampu mengawal kuasa lautan.Bekerja bersendirian sebelum jatuh cinta pada rakan hidupnya,Sailor Uranus.Seorang yang baik paras rupa dan dikenali kerana hasil kerja muzik dan lukisannya tetapi menghentikan cita-citanya untuk kehidupan sebagai seorang srikandi.

Haruka Tenoh
Gadis maskulin yang kelihatan seperti seorang lelaki secara semulajadi dan menjelma menjadi Sailor Uranus,srikandi penjaga langit.Sebelum  menjadi srikandi,dia mengimpikan untuk menjadi pelumba dan dia memang berbakat dalam pemanduan kereta.Dia sering berpakaian lelaki,ramah dan mesra sehingga semua tertarik kepadanya.Apabila bertarung dia tidak mempercayai bantuan luar dan suka bekerja sendirian bersama sailor neptune dan kemudian pluto dan saturn.

Hotaru Tomoe
Gadis muda yang manis dan sunyi.Anak perempuan kepada seorang saintis gila yang telah dirasuk oleh kuasa jahat.Dia menjadi semakin sakit dan lemah setelah kemalangan di makmal ketika kecil.Selepas mengatasi kegelapan yang menyelubungi keluarganya,dia mampu menjadi srikandi keheningan,Sailor Saturn.Memiliki kuasa pemusnah yang sangat kuat hingga jarang sekali menggunakan kuasanya.Sifat srikandinnya berbeza dengan sifat normalnya.Dia sering murung,dan sebagai manusia dia mampu menyembuhkan orang lain.



Aku rasa dah cukup kot,dah panjang lebar sangat ni. Sebenarnya memang banyakkkk lagi kartun yang aku nak cerita tapi pelan-pelan la, nanti aku cerita dalam n3 yang lain pulak..

Anak-anak aku plk,hari-hari depa nk tengok Upin Ipin dan Pada Zaman Dahulu..kira minat giler la dengan kartun ni..kalau tengok,tak bergerak mana...Aku kalau nak bagi depa dok diam,buka kartun ni la,barulah aku boleh relax..hahaha



No comments: