Nuffnang

Friday 22 March 2013

Derita kita


Pagi yang tak berapa nak sibuk, awai-awai lagi aku dah berehhh kan apa yang patut..
Slurppp....sambil-sambil pekena hot chocolate ni, memang terbaik la nak layan surat khabar..

Tengok muka depan, adusss, tak selesai lagi rupanya kes pencerobohan di Sabah ni..aku bukan tak mau amik perkembangan pasal hal-hal ni cuma bila terkenang apa yang dah jadi dekat pasukan keselamatan kita , memang aku tak sanggup nak baca dah..Aku berdoa dan aku tau, semua kat luar sana pun  memang berharap sangat perkara ni selesai dengan cepat..

Apa yang kita boleh buat, berdoa la semoga 'Negara' kita akan kembali aman seperti dulu dan semoga pasukan keselamatan kita semuanya selamat..kita yang setakat baca ni pun dah rasa teruk, macammana dengan pasukan keselamatan kita yang bertugas dekat sana, macammana pulak penderitaan penduduk yang tinggal dekat sana..Aku pun heran, pasai pa la isu ni boleh timbul setelah sekian lama..memang tak masuk akal  la pihak yang mengaku Sabah ni kepunyaan depa..

Tapi yang aku harap sangat, sesiapa yang mengaku diri depa rakyat 'Malaysia', janganlah mengeji pasukan keselamatan dan memPOLITIKkan hal ni sampai tak ambil kira perasaan keluarga mereka..kalau tak suka, jangan la ambil tahu..ni tidak, keluar kenyataan bukan-bukan dan pikiaq tak guna akal yang waras..Astaqfirullahalazim..

Dalam Meniti Kehidupan


  • Ada Waktu untuk BERDUKA
  • Ada Waktu untuk BERSUKA
  • Ada Waktu untuk BERKATA
  • Ada Waktu untuk BERDIAM

*berhati-hatilah dengan apa yang kita katakan sebab apa yang kita katakan, melambangkan siapa diri kita sebenarnya..peace


No comments: