Nuffnang

Friday, 15 March 2013

Waktu Sibuk


Mood:-gembira+penat

Biasa la,bila kita dah berumahtangga dan sudah mempunyai anak,hidup kita memang akan jadi semakin sibuk..Sibuk dengan urusan suami,anak-anak, hal-hal rumahtangga dan hal-hal yang sewaktu dengannya..tapi sebenarnya perkara-perkara itulah yang membuatkan hidup kita tidak sunyi, walaupun sebenarnya badan kita tersangat la penat..Macam aku pulak,dulu hidup aku tak la sesibuk sekarang ni,sibuk aku sekarang ni mengalahkan menteri kerja raya sebab tiap-tiap hari aku kena ukur jalan, hantar dan ambik anak ke Tadis,memang rutin harian aku. Suami aku pulak,memang takdak masa langsung nak uruskan hal
anak-anak,masa cuti ja la boleh tolong pun tapi aku lebih selesa kalau aku sendiri yang buat sebab bila laki yang jarang-jarang ada rumah ni,bila sesekali nak buat reja isteri ni,alamat tak menyekah la..memang tak dapat la aku nak bagi markah 'A'..




Sebenarnya aku ni memang jenis kaki jalan pun, kalau boleh tiap-tiap hari aku nak keluar,tak boleh jalan jauh-jauh pun,mengadap shopping mall pun jadi la.Bukan nak habiskan duit pun tapi sekadar menghabiskan 'masa' dan 'makan'.Hati jadi seronok kalau tengok anak-anak gembira.Dah jadi hobi pulak sebenarnya,tapi aku rasa untuk kaum hawa macam aku ni,normal la kan sebab kalau takdak orang yang macam kami ni,tak wujud la tempat2 macam tu.Awal-awal bulan boleh la membeli-belah pelbagai tapi kalau dah hari-hari,pokai jugak jawabnya..hahaha




Suami aku pula,senang kalau aku bahasakan diri dia 'Abang' ja,memang jenis yang suka melihat keindahan alam semulajadi dan lebih suka kalau dapat melawat tempat-tempat orang.Dia tak suka tempat yang sesak,rimas dia  kata dan yang paling dia risau kalau bawa anak-anak sekali,takut terlepas pandang.Tapi bagi aku,aku takdak masalah sebab aku ada peneman iaitu adik aku berry lavynia.Kami memang selalu keluar sama-sama sebab rumah kami dekat-dekat ja ^^,..Memang 1 Family la satu kepala,dari emak aku,sampai la adik-adik aku tapi pompuan ja..yang lelaki tak berminat sangat..besa la kaum Adam ni..tapi yang penting hubungan kami sekeluarga memang rapat dan  kami adik- beradik memang akrab..


Aku rasa cukuplah takat ni dulu aku berceloteh sebab lagi lama nanti lagi banyak pulak aku mengarut...hehehe
lagipun aku takut hampa semua boring pulak nanti...Ok, Sekian

Wassalam...

No comments: