Nuffnang

Wednesday, 27 March 2013

Kahwin Kerana Apa??



gambar sekadar hiasan

Rasullullah s.a.w pernah bersabda , "Seorang wanita dinikahi kerana empat perkara" :- kerana harta, kerana keturunan, kerana kecantikan dan kerana agamanyanya.. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia..

Agama itulah yang paling penting sekali dan terutama dalam pemilihan calon pasangan itu. Tanpa agama, keluarga yang dibina akan hilang pedoman. Agama pula bukan dilihat semata-mata pada ketinggian ilmu pengajian agama di institusi pengajian tinggi. Seseorang yang beragama itu memadailah yang menjauhi dirinya daripada melakukan perkara-perkara kemungkaran yang dibenci oleh Allah Taala.

Tiada manusia yang sempurna, memadailah kita sebutkan disini bahawa orang yang beragama itu adalah mereka yang apabila melakukan kesalahan, sentiasa bertaubat kepada Allah S.W.T..


No comments: