Nuffnang

Showing posts with label Manisnya Ijab Qabul. Show all posts
Showing posts with label Manisnya Ijab Qabul. Show all posts

Monday, 15 April 2013

Cinta Selepas Nikah




Kata Ayah kepada anak perempuannya :

Lelaki itu bukan untuk DIBANDING-BANDINGKAN ketampanan wajah dan dimainkan hatinya, sebaliknya untuk MEMIMPIN iman dan taQwamu..

Kata Ibu kepada anak lelakinya :

"Perempuan itu bukan untuk direbut cintanya, dan dimegah-megahkan kecantikannya, sebaliknya untuk kamu LINDUNGI maruah dan kehormatannya..

Saturday, 30 March 2013

Tip Keluarga Bahagia


Setiap pasangan yang berkahwin, pasti ingin merasai kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga yang dibinanya. Persefahaman dan sikap toleransi antara suami isteri amat penting dalam memastikan kerukunan di dalam sesebuah rumahtangga..









Wednesday, 27 March 2013

Kahwin Kerana Apa??



gambar sekadar hiasan

Rasullullah s.a.w pernah bersabda , "Seorang wanita dinikahi kerana empat perkara" :- kerana harta, kerana keturunan, kerana kecantikan dan kerana agamanyanya.. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia..

Agama itulah yang paling penting sekali dan terutama dalam pemilihan calon pasangan itu. Tanpa agama, keluarga yang dibina akan hilang pedoman. Agama pula bukan dilihat semata-mata pada ketinggian ilmu pengajian agama di institusi pengajian tinggi. Seseorang yang beragama itu memadailah yang menjauhi dirinya daripada melakukan perkara-perkara kemungkaran yang dibenci oleh Allah Taala.

Tiada manusia yang sempurna, memadailah kita sebutkan disini bahawa orang yang beragama itu adalah mereka yang apabila melakukan kesalahan, sentiasa bertaubat kepada Allah S.W.T..


Saturday, 23 March 2013

Cintailah Aku @----








@-----Jangan pikat wanita kalau anda tidak bersedia cintakan dia

@-----Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tidak cintai dia

@-----Jangan berikan harapan kalau anda tidak pasti

@-----Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuk dia

@-----Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya

@-----Haram jika jadikan wanita itu kekasih kalau kamu tiada niat untuk NIKAHINYA

Dialog Cinta



A bertanya B

A : Maaf, tumpang tanya.. Lorong CINTA, Jalan SAYANG, Kampung RINDU, daerah KASIH  
      SAYANG, pekan HATI, bandar I MISS U kat mana yer??

B : Encik jalan terus ikut jalan ILAHI, nampak simpang tiga, masuk belah kanan, ikut jalan NIKAH,
     sepanjang jalan itu, akan nampak belah kanan kedai BATAS-BATAS PERGAULAN, dan sebelah kiri
     pasar sibuk sikit iaitu PASAR PERSIAPAN DIRI, haa itu tandanya awak dah berada di jalan  yang
     betul..

     Semoga Selamat Sampai..



Thursday, 21 March 2013



Bertemu jodoh dengan orang yang kamu cintai mungkin satu kebetulan, tapi mencintai siapa jodohmu adalah kewajipan!!







Kata-kata hikmah untuk mereka yang masih di alam 'Percintaan' dan yang masih mencari-cari 'Jodoh' yang sesuai... Rajin-rajinkan diri untuk membaca sampai habis ya!!



'Rajin-rajin Amalkan'..^^,




Kata-kata dibawah ini sebagi pengubat hati dan penenang jiwa yer...







Friday, 15 March 2013

Doa Kebahagian Suami Isteri


Assalamualaikum...

Untuk n3 aku kali ni,aku nak kongsi sikit tentang Tip Kebahagian Suami Isteri..
Bukan nak tunjuk pandai tetapi  sebagai renungan kita bersama..
Kalau dah masuk alam rumahtangga ni, isu yang paling sensitif adalah bab cerai berai.
Tanyalah dekat sapa pun tapi kalau dah namanya 'perempuan' pasti akan benci punyalah dengan status "J".. Aku rasa takdak sapa pun kat dunia ni yang nak kahwin,lepas tu nak cerai..Aku pun kalau nak cerita panjang lebar bab masalah rumahtangga ni memang tak berani la sebab kita pun apa kurangnya, tak tahu sebenarnnya masalah tu berpunca daripada sapa sebenarnya,apa punca masalah,macammana boleh jadi macam tu,sapa yang bersalah..


Kebiasaan yang selalu kita dengar punca krisis antara pasangan suami isteri ni ,salah satunya mesti berpunca dari orang ketiga.Aku memang bengang jugak la kalau kes-kes yang ada kaitan dengan orang ketiga ni..
Serius,memang tak setuju langsung dengan lelaki macam ni..Besalah,naluri wanita,mesti 100% sokong wanita.Lagipun serius, aku takut jugak dengan kes yang macam ni tp Alhamdullillah,aku dan suami dah masuk  7 tahun hidup bersama..walaupun pelbagai ragam dan pahit manis yang  kami tempuh..


Apa kata hampa scroll lagi kat bawah...


Inilah serba sedikit yang aku dapat kongsi ngan hampa...

Doa Kebahagian Suami Isteri

Ya Allah, peliharalah hubungan kami suami isteri....Bahagiakanlah kami berdua disamping zuriat kami... 
In Shaa Allah

Ya Allah...
mesrakan antara hati hati kami, tunjukkanlah kami jalan yang selamat,
Lepaskan kami daripada kegelapan kepada cahaya,
Hindarkan kami dari segala kejian yang zahir ataupun tersembunyi.

Ya Allah...
Indahkanlah rumah kami dari Kalimat-kalimat Mu yang suci,
Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan Asma MU,
Penuhilah kami dengan amal soleh yang Engkau redhai,
Jadikan mereka Yaa Allah teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah...
Damaikanlah pertengkaran antara kami, tautkan hati kami,
dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamtan,
Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya,
Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah...
Berkatilah pendengaran kami,
penglihatan kami,
hati kami,
suami/isteri kami,
keturunan kami, dan
ampunilah kami.
Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Aminnn....


Lagi...
Untuk tatapan dan disertakan beberapa Doa buat kawan-kawan semua dalam menjadikan kehidupan kita lebih baik dari hari kelmarin..Semoga kita sama-sama dapat amalkan..
Insya Allah..

-Mutiara kata-


-Doa-