Nuffnang

Tuesday 30 April 2013

Komen Aku (MasterChefMalaysia)



rajin pulak nak berblogwalking hari nie tapi tak sempat la nak jenguk2 semua..besa ler, gangguan dari peminat2 kecik..singgah dekat blog adik nie, tgk n3 tentang MasterChefSelebritiMalaysia(mcm), teringin pulak rasanya nak ulas..


memang betoi la kan, bab nie memang aku tak berkenan sungguh..kalau kita dok dekat tempat orang, takyah la sombong sangat, takdak untungnya pun..bertambah follower2 yang membenci kita ada ler..
eksyen sungguh mamat putih ni..tau ler kita tue selebriti, tambah pulak 'hot' dengan love story tapi takyah la nak mengada sangat..kalau dah tau kita tue pesyen tak boleh menerima teguran, jangan la terima tawaran mcm tue..dah sahih2 ada juri yang nak mengomen..tapi padan la jugak dengan cinta hatinya tu, aku tengok jenis pantang ditegur jugak..agak2 la kan, nie situasi yang tidak dirancang atau setakat drama jer..ermm..entah la kan tapi rasanya rating naik jugak kot..  

cerita bab cinta hatinya tue pulak, hate..hate..hate..hahaha..macam la aku nie bagus sangat tapi tak kisah la, tetap nak ngomel jugak..jangan la mengada seksi sangat, tau la gebu tapi takyah dok tayang trang tang..tang...mentang2 ler jantung hati tu muda, takmau kalah la tue..seksi dah satu hal, yang ko pergi tempelak prof tu pun satu hal..dah elok2 orang bagi teguran ikhlas, terima je la..ni tak, tunjuk sangat ketidakcerdikan kita..balas pulak dengan ayat yang kurang sopan..memang la seksi tu hak kau, sebab tu badan kau tapi kalau bala yang turun, dah tak jadi hak perseorangan yer che kak..lagi satu jangan control ayu sangat ler, tak sesuwei..bebas kan diri anda, biar tampak natural..palsu2 tak cantiklah..^^,

buat peminat tegar, aku say sory la yer kalau ada yang terbaca dan tidak berpuas hati dengan komen ikhlas aku nie..tak boleh nak buat apa, jejari aku ni terasa gatai nak menaip.. ^^,
                                                    

-setitik dakwat dari jejari seorang wanita -


Monday 29 April 2013

Leteran Puan Emak

potpetpotpet..rajin bebenor puan emak nie bebel..tak payah dok mengadap sangat la benda alah tue..bukan boleh kenyang pun..orang pompuan kena rajin jenguk dapur, kalau tak, macammana nak ambik hati cik abang..huhu..ayat yang sungguh sinonim dengan puan emak dari aku berpinggang kerengga sampai tinggal pinggang rengg jer..'ke' dan 'ga' dah hilang di telan arus zaman..^^,
orang laki nie bukan susah sangat nak jaga..isi jer tank tu penuh2, gerenti duduk rumah ja..tak gaduh nak merap2 kat ' abang mamak' atau 'kakak siam' dah..kalau setakat dok masak dalam laptop tu, dapur sendiri pun tak berasap..ye la..ye laa..aku akan cuba praktik jadi isteri yang solehah, bukan setakat sole jer..hi3..
mak aku kalau bebel, 3 hari 3 malam pun belum tentu boleh abiss..isi kandungan yang cukup padat memang ambik masa berbulan2..tambah2 yang dibebelnya jenis macam aku, masuk telinga kanan, keluar pulak selaju air paip..memang padan la gerak bibir puan emak sama ja dari dulu sampai la.. tak pernah lekat dekat peti simpanan aku..
aku nie jenis mudah.com..tak amik port sangat walaupun seribu kali ayat yang sama juga diulang oleh puan emak..^_^ kalau zaman kanak2 ribena dulu, kut la gentar dengan ugutan sesumpah mak aku..tapi la tidak ler..hi3..takpa2..kalau esok2 mak mertua dok hingaq perut anak dia tak buncit macam orang lain, jangan time tu baru gedit2 nak godek2 resepi emak...tak laa mak, la semua dihujung jari jer..klik2, semua mai depan mata..menjawab jugak aku!!!..hi2..nampak gaya jauh lagi la harapan puan emak nak tengok anak dia merangkul gelaran 'anak solehah'..
dok dengan mak takpa la macammana pun..dok dengan laki, lama2 naik juling mata dia kalau tengok kita asyik dok mengadap benda tu jer..sayang laki ka sayang menatang empat segi tu???
ofkos la sayang encik abang mak..kita pun cerdik jugak..balik rumah mak memang 24h laa nak pegang benda ni tapi dekat rumah, pandai2 la sembunyi..hi3..

mak jangan risau, InsyaAllah..akan ku cuba juga dapatkan tittle 'isteri mithali' walaupun sukar..lepas nie mak boleh la tersenyum lebar..bibir mak tak gaduh nak lenguh2 dah bebelkan aku..^^,

Saya Pilih Mengundi( PRU-13)


demam raya datang lagi...meriah tak ingat.
pintu gerbang sepanjang jalan, walaupun bukan raya yang sebenar, seronok tu tetap ada..
time ni jugak la kita boleh tengok macam2 ragam manusia..yang jauh semakin dekat, yang renggang juga semakin rapat tapi yang tak sedap tu ada jugak sampai nak bermusuhan..
rilekk la kan, jangan kerana taksub dengan parti, habis semua nak dipolitikkan..
agama jangan dimainkan dan hubungan sillaturrahim tetap kena jaga dikk!! 
jangan kerana nak memperjuangkan parti, negara pun sanggup digadai..
hormat pada pemimpin itu perlu tapi jangan sampai fikiran pun dijajah..
fikir2 kan laa nasib generasi yang akan datang..
hidup bukan sekadar bermalas-malasan sampai semua minta ditanggung beres..
rezeki dari titik peluh sendiri lebih bermakna dari sebutir berlian.. 
jangan dilupakan juga jasa mereka yang terdahulu, pengorbanan mereka amat besar nilainya
 terhadap negara kita, MALAYSIA..
nasib negara di tangan kita..kepada yang layak, jangan lupa tanggungjawab anda...

Ingatt!!! takkan Melayu Hilang DiDunia..
Takkan sesat jika Hidup berpandukan Al-Quran..


-setitik dakwat boleh merungkai seribu persoalan yang tersirat-
 

Friday 26 April 2013

Cinta vs Love


tak seorang yang ambil tahu
tak seorang pun ambil peduli
sehinggalah dikau yang datang
dan membawa bersama hatimu

mana mungkin ku persiakan 
bila cinta aku ketahuan
debar kencang aku rasakan
bergetaran di dalam hatiku

saratnya bebanan asmara
beratnya menepis gelora
semua relaku terima
andainya inilah cinta

ternyata dialah ku cari
didalam terjaga dan mimpi
meskipun ada kala sepi
tetap setia menanti

hanya dia yang ku dambakan
walau pun aku rasa gundah...tak keruan
biar putih atau hitam
asalkan hati penuh rela dengannya cinta

tiap saat tiada tempat
bukan bayangan tapi nyata di depan mata
siang malam ku rasa terang
ku rasa tenang rasa damai dibuai cinta

mana mungkin ku persiakan
bila cinta aku ketahuan
debar kencang aku rasakan
bergetaran di dalam hatiku.......

i'm always be with u....

Tak Keruan
Zamani ft. Sharifah Zarina

Wednesday 24 April 2013

k-pop chicken


Janji mesti Ditepati!!! pandai jer bebudak nie..kalau bab kfc, tak boleh tangguh2..suruh baca buku, boleh pulak hutang2..dari balik sekolah sampai gelap, baru nampak kelibat buku kat tangan..

alang-alang dah mai, teringin pulak nak rasa ayam korean style tu..aku dan incik abang pun order la sorang 
1 set, anak2 dengan feveret depa la, chicky meal..dari jauh nampak gah benar tapi bila dah masuk ke mulut, boleh2 jer.spicy lagi okey tapi adik tu kata, lagi 2 bulan baru ada sebab nak promosi ayam korea tu..
ermmm, it's okkk..

bagi aku, tak bestt sangat la, rasanya tak mantop pun, sikit sangat rencahnya..macam segan ja cik ayam tu nak golek2..yang lama jugak the bestt...jgn mare yer encik kfc ^^,




komplen2 pun, pinggan tetap licin.. :-p

Cik Gayah Gebu


teringin pulak nak makan collagen yang terhangat kat pasaran la nie..rasanya dah ramai yang cuba kan!! dulu pernah cuba , 3 in 1 punya tapi baru makan sekotak dah stop, jadi tak sempat la nak tengok keberkesanannya..bila tengok ja feedback dari member , perasaan teruja tu makin menjadi-jadi balik..^^, tambah2 kulit jadi semakin gebu, jeless giler..tengok kat pasaran, taktau nak pilih yang mana satu..banyak jenis sungguh sampai tak reti nak pilih yang mana sesuwei..kalau ikut komen dari customer yang dah cuba, memang terbaikkk la tapi tu kata depa..betui ka tak, mana la nak tau..harap2 komen tu ikhlas la..


jenis kena rebus dulu pun ada, 3 in 1 pun ada, jenama belambak..pilih jer mana nak!!! harga pun macam2 jugak la..dari puluhan sampai ratusan, semua ada..ikut jenis kollagen tu..kalau jenis rumpai laut tu, murah sikit kut..aku rasa laa..

yang bestnyer collagen ni bukan takat mencantikkan malah khasiatnya menyeluruh..
kalau ikut aku, beli ja yang 3 in 1, selesaii..tak gaduh nak rebus2 dah..shake2 boleh terus minum..senang kan..hi3..

kalau lepas minum ni tak cantik jugak!! emmmm..no komen!!! ^_^

Monday 22 April 2013

Sukan Tahunan Tadis/Kafa 2013


hari sabtu lepas 20/4/2013, Tadika tempat anak-anak aku belajar ada mengadakan 
Sukan Tahunan Tadis&Kafa Kg Kastam 2013..
syukur Alhamdullillah, semuanya berjalan dengan lancar..

Antara acara yang anak aku masuk 

Muhammad Hazim Haziq(Rumah Kuning)
Lari Pecut                 -----------> Johan
Susun Huruf&Abjad -----------> Johan
Susun Tin                 -----------> Naib Johan

Nur Dhiya Lutfia(Rumah Merah)
Isi Air Dalam Botol -----------> Tempat Ketiga
Susun Tin               ------------> Tempat Ketiga

Muhammad Dhamin Dafi(Rumah Merah)
Isi Air Dalam Botol -----------> Tempat Ketiga

bila dapat pingat ni, rasa berbaloi jugak la..tak la rasa penat sangat dok pulun buat latihan..cikgu tengok pun boleh senyum..walaupun cuaca panas, redah jugak.. nak bagi support kat anak katakan..bukan semangat dari aku sorang ja tapi dari encik abang, mak, adik aku berry dan salsabilla..seronok jugak la sesekali tengok gelagat anak2 kecik main sukan..dari mula sampai habis kami ambik tiket depan ja..langsung tak berganjak..
macam2 acara ada, dari acara untuk anak, lepas tu cikgu sampai la acara berpasangan(ibubapa)..aku tak join pun sebab encik abang tak berminat sangat nak masuk..part yang tak best sikit pun bila pingat untuk anak aku yang last tu tak dapat nak bawa balik sebab ada budak lain dah terambil pingat dia..tapi takpa awai2 lagi aku dah inform kat cikgu dia, harap boleh dapat balik laa..

ikut encik abang, dia tak kisah sangat..biar la dah takdak dia kata tapi aku tetap nak jugak..bukan nak berkira sangat tapi saja nak buat sebagai kenang-kenangan..dah penat main, nak la jugak tengok hasilnya..

kat bawah ni ada la beberapa keping gambar yang sempat aku snap..tak banyak sangat sebab aku banyak rakam jer..sampai tak perasan ada gambar2 penting aku terlepas..gambar anak aku naik atas stage ambik medals tu pun aku tak sempat nak snap..tu la sibuk jadi camera woman sangat..












Gaya Pelik Pengantin


sekadar berkongsi..
peace yo ^^,









Rumah Pelik (10 Gambar)


jom layan..










Friday 19 April 2013

Chicken pOx


bagi aku sakit nie takdak musim..tiap-tiap hari ada ja orang yang sakit..kalau orang tua yang sakit, rasanya takdak masalah sangat, yang selalu kita rungsing bila anak-anak kecik yang dapat sakit..kesian tu memang la, rasa macam kita pulak nak ambik tanggung..kalau demam biasa, boleh jaga lagi tapi tak sanggup tengok bila anak dapat sakit yang berat..contohnya macam chicken pox..selagi boleh ikhtiar, memang nak buat yang terbaik..

selalu bila kena demam nie, dah jadi kemestian mandi daun bambu, minum air kelapa, dan cari air penawar..aku pernah kena demam ni masa mengandung anak pertama dulu..sakit jangan cakap laa..kami adik beradik memang dari kecik tak besa kena ..masa besaq baru dapat..mula dari adik lelaki aku, habis merebak sampai 1 family..semua kena kecuali mak dan abah..ikut turn pulak tu..aku nie memang jenis tak boleh tengok benda biji2 ni, geliii..memang sepanjang aku kena tu, tak sanggup nak tengok cermin..dari muka sampai habis satu badan...bila kena demam tu tak boleh nak sabun, haru..tak sanggup nak bau badan sendiri..tapi aku nie jenis ketegaq, curi2 sabun..sebab tu lambat baik..selalu orang kata kalau dah besa jadi, dia tak jadi dah tapi tak betoi laa..penyakit nie boleh berulang balik..

ada jugak orang kata suruh boh bedak sejuk untuk bagi biji tu cepat kering dan ada yang tak bagi, lepas baik baru boleh berbedak.kononnya lepas ni tak jadi dah..air hujan tu memang tak boleh kena la, takut jadi parut kekal..rasanya dekat sebulan aku jadi..time jadi tu memang aku tak pi buat check up,dah nak baik baru p jenguk klinik..bila pi, nurse apa lagi, suruh cepat2 rujuk hospital laa, takut effect kat baby tapi alhamdullillah takdak apa, aku bersalin dengan selamat dan anak yang lahir pun sihat..
aku tak rujuk hospital sebab orang tua2 kata, tak boleh pi hospital sebab takut depa cucuk..tapi yang sebenarnya lebih baik segera pi hospital dapatkan rawatan awal sebab kemungkinan anak yang kita kandung boleh dapat kesannya..

untuk para ibu di luar sana, kalau anak kita dapat chicken pox ni, lebih baik cepat bawa anak ke hospital sebab kat sana semua kemudahan ada..tak payah risau dan berfikiran kolot lagi.. aku sendiri ada pengalaman..dalam dua tahun lepas, ketiga-tiga orang anak aku dapat demam ni..mula dengan kakak, abang dan last dekat adik..abang dan kakak, semuanya jalan lancar..bagi mandi daun bambu, minum air penawar, dalam seminggu ok..cuma bila kena dekat adik, dia jadi lain..anak aku tak tahan gatai, suka dok garu..larang pun tak jadi apa, last2 biji tu jadi melarat..biji tu pecah dan dia naik balik, kali ni lagi besaq dan melebar, sambung dengan biji lain..

MasyaAllah..duduk tak boleh, tidur lagi laa..anak aku hanya mampu sujud sebab nak elak dari terkena biji tu..aku yang tengok nie memang rasa tak mampu tanggung, tambah kena dekat anak kecil nie, tak dapat nak bayangkan...telefon orang merata dah, tapi semua bagi tips yang sama..last choice, kami bawa anak pi klinik pakar kanak-kanak..tapi doktor kata lebih baik rujuk hospital..dekat sana lebih baik..bila doktor pakar pun cakap macam tu, kami nak kata apa lagi..takkan sanggup nak biar anak sakit sampai tahap macam nie semata-mata dengar cakap orang tua2..bukan aku kata cakap orang tua2 ni tak betul cuma mungkin sesetengahnya dah tak relevan lagi..keadaan dulu dah tak sama dengan la..perubatan la dah semakin maju..

keluar ja dari klinik,, aku pun slow talk dengan encik abang dan kami terus ke hospital..soalan 'cepumas' yang aku tanya dekat doktor " kena cucuk tak, kalau cucuk jadi apa-apa tak"..doktor senyum dan kata tak menjadi masalah langsung sebab depa hanya nak masukkan antibiotik. kalau datang awai, mesti dapat kawal..tapi nak kata apa dah..walaupun terpaksa bermalam di wad, aku bersyukur sangat sebab masuk ja antibiotik, anak aku boleh tido lena, demam pun kebah..dalam 2 hari, biji tu pun kering..walaupun keadaan dah semakin ok, kami kena duduk dekat wad dalam 5 hari jugak untuk rawatan lanjut dan depa nak buat ujian darah untuk pastikan tiada kuman dalam darah.. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada doktor dan nurse yang telah merawat anak aku dan melayan kami dengan baik selama kami berada dekat sana, hanya Allah yang dapat membalasnya...Aminn..


Thursday 18 April 2013

Gula-Gula Cinta


tengok gambar cintan cintun dekat tv, teringin rasanya nak alami balik..kalau nak p dating takdak berdua dah la, berlima ler jawabnya..teringin nak flashback sikit zaman cintan giler nie..^^,


dulu bila janji nak keluar date, malam tu mesti dah ready apa yang patut..siap pilih baju dan barang2 yang nak bawa letak sebelah..bukan apa, takut tak sempat..bila buat reja jadi serba tak kena sebab takleh fokus dah, tak sabaq nak tunggu hari esok..renyih jer memanjang..orang tengok pun dah macam sawan..malam tu nak tido dengan takmau sama banyak..punya la tak sabaq..

muzik tu dah wajib..hari-hari kena dengar..dah dengar tu feeling tak ingat..yang best tu, bollywood pun layannn..konon-konon heroin tu aku laa..time cintan ni, take care mesti ketat2 punya..sat..sat telefon..risau sungguh kalau buah hati tak makan..tunjuk la sangat sikap keprihatinan tu..kalau hantar sms, tak lain mesti ayat ni jer.."buat apa, dah makan ker??" ...masa tu sebak sangat la tak dapat nak jaga dia leklok..kalau boleh,jadual makan tu mesti teratur..si dia punya ayat pun meleleh la punya kesian, tapi yang sebenar, melantak besttt jaa..

mesej pun tak berhenti2 bunyi, dari tak celik mata sampai la nak tutup balik..bila gayut tu, berejam-rejam..
sembang apa pun taktau la..dari sembang bab diri sampai la ke cerita sepuput sepapat, lepas tu masuk pulak bab jiran sebelah, dah habis tu sambung ke hal ehwal semasa dengan dunia jam 10 sekali...^_^ mak tengok, geleng kepala tak berenti-renti..sebab apa?? sebab satu reja pun tak jadi, asyik dok berkepit dengan phone..
jelingan maut tu jangan cakap la, boleh tembus sampai dalam mak aku punya penangan..hahaha

bila time isytihar perang, janji dekat diri, tobat takmau pegang hp..tapi jeling jugakk..dengar bunyi p la apa pun, rasa macam sama ja dengan bunyi hp..konon tak boleh hidup kalau tak dapat khabar dari si dia...time birthday paling besttt, tak sabaq tunggu hadiah..tapi bila gilir kita pulak kena balas, rasanya nak buat lupa jer..hadiah orang, nak yang bestt tapi kalau dari aku, jangan harap laa, ciput boleh laaa..hi3..


zaman bercinta dengan zaman berumahtangga nie memang lain..manis tu tak samaa..kalau masa cintan, ada ja plan nak pi jenjalan.. 2,3 kali p tempat yang sama pun tak jemu tapi la dah taktau arah dah..kalau tak kona ke rumak mak aku, rumah mak mertua la..lepas tu tawaf rumah adik beradik..dulu rajin ja masuk panggung, la nie bila ajak, macam2 alasan yang dapat..sudahnya bawa la diri sendiri.. :-p
dulu beria nak jaga makan minum, tapi la ingat rehat ja memanjang..kadang2 masuk la che abang ke dapur sendiri..bukan masak, buat air jeee...che abang bab masak memang fail..aku pun takdak la pro, boleh2 je..

yang paling hangit, tarikh2 penting ingat-ingat lupa ja..bila tanya, jawapan yang dapat, setiap hari adalah hari penting..huhuhu...ayat cover line..cukup makan cukup pakai lagi penting kata nyer.. ^_*

"Manisnya bercinta jadikan kenangan, kebahagian berumahtangga wajib dijaga..dunia dan akhirat jangan dilupa.."



Wednesday 17 April 2013

Vogue Hair (13 gambar)

Jom kita tengok dandanan rambut mantop..
boleh la sesekali kalau nak melawa kat rumah...
kalu ada rakan yang kreatif tu boleh la try..
kalau aku, memang surrender la..^^,