Nuffnang

Friday, 19 April 2013

Chicken pOx


bagi aku sakit nie takdak musim..tiap-tiap hari ada ja orang yang sakit..kalau orang tua yang sakit, rasanya takdak masalah sangat, yang selalu kita rungsing bila anak-anak kecik yang dapat sakit..kesian tu memang la, rasa macam kita pulak nak ambik tanggung..kalau demam biasa, boleh jaga lagi tapi tak sanggup tengok bila anak dapat sakit yang berat..contohnya macam chicken pox..selagi boleh ikhtiar, memang nak buat yang terbaik..

selalu bila kena demam nie, dah jadi kemestian mandi daun bambu, minum air kelapa, dan cari air penawar..aku pernah kena demam ni masa mengandung anak pertama dulu..sakit jangan cakap laa..kami adik beradik memang dari kecik tak besa kena ..masa besaq baru dapat..mula dari adik lelaki aku, habis merebak sampai 1 family..semua kena kecuali mak dan abah..ikut turn pulak tu..aku nie memang jenis tak boleh tengok benda biji2 ni, geliii..memang sepanjang aku kena tu, tak sanggup nak tengok cermin..dari muka sampai habis satu badan...bila kena demam tu tak boleh nak sabun, haru..tak sanggup nak bau badan sendiri..tapi aku nie jenis ketegaq, curi2 sabun..sebab tu lambat baik..selalu orang kata kalau dah besa jadi, dia tak jadi dah tapi tak betoi laa..penyakit nie boleh berulang balik..

ada jugak orang kata suruh boh bedak sejuk untuk bagi biji tu cepat kering dan ada yang tak bagi, lepas baik baru boleh berbedak.kononnya lepas ni tak jadi dah..air hujan tu memang tak boleh kena la, takut jadi parut kekal..rasanya dekat sebulan aku jadi..time jadi tu memang aku tak pi buat check up,dah nak baik baru p jenguk klinik..bila pi, nurse apa lagi, suruh cepat2 rujuk hospital laa, takut effect kat baby tapi alhamdullillah takdak apa, aku bersalin dengan selamat dan anak yang lahir pun sihat..
aku tak rujuk hospital sebab orang tua2 kata, tak boleh pi hospital sebab takut depa cucuk..tapi yang sebenarnya lebih baik segera pi hospital dapatkan rawatan awal sebab kemungkinan anak yang kita kandung boleh dapat kesannya..

untuk para ibu di luar sana, kalau anak kita dapat chicken pox ni, lebih baik cepat bawa anak ke hospital sebab kat sana semua kemudahan ada..tak payah risau dan berfikiran kolot lagi.. aku sendiri ada pengalaman..dalam dua tahun lepas, ketiga-tiga orang anak aku dapat demam ni..mula dengan kakak, abang dan last dekat adik..abang dan kakak, semuanya jalan lancar..bagi mandi daun bambu, minum air penawar, dalam seminggu ok..cuma bila kena dekat adik, dia jadi lain..anak aku tak tahan gatai, suka dok garu..larang pun tak jadi apa, last2 biji tu jadi melarat..biji tu pecah dan dia naik balik, kali ni lagi besaq dan melebar, sambung dengan biji lain..

MasyaAllah..duduk tak boleh, tidur lagi laa..anak aku hanya mampu sujud sebab nak elak dari terkena biji tu..aku yang tengok nie memang rasa tak mampu tanggung, tambah kena dekat anak kecil nie, tak dapat nak bayangkan...telefon orang merata dah, tapi semua bagi tips yang sama..last choice, kami bawa anak pi klinik pakar kanak-kanak..tapi doktor kata lebih baik rujuk hospital..dekat sana lebih baik..bila doktor pakar pun cakap macam tu, kami nak kata apa lagi..takkan sanggup nak biar anak sakit sampai tahap macam nie semata-mata dengar cakap orang tua2..bukan aku kata cakap orang tua2 ni tak betul cuma mungkin sesetengahnya dah tak relevan lagi..keadaan dulu dah tak sama dengan la..perubatan la dah semakin maju..

keluar ja dari klinik,, aku pun slow talk dengan encik abang dan kami terus ke hospital..soalan 'cepumas' yang aku tanya dekat doktor " kena cucuk tak, kalau cucuk jadi apa-apa tak"..doktor senyum dan kata tak menjadi masalah langsung sebab depa hanya nak masukkan antibiotik. kalau datang awai, mesti dapat kawal..tapi nak kata apa dah..walaupun terpaksa bermalam di wad, aku bersyukur sangat sebab masuk ja antibiotik, anak aku boleh tido lena, demam pun kebah..dalam 2 hari, biji tu pun kering..walaupun keadaan dah semakin ok, kami kena duduk dekat wad dalam 5 hari jugak untuk rawatan lanjut dan depa nak buat ujian darah untuk pastikan tiada kuman dalam darah.. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada doktor dan nurse yang telah merawat anak aku dan melayan kami dengan baik selama kami berada dekat sana, hanya Allah yang dapat membalasnya...Aminn..


4 comments:

Nana Liena said...

anak akak ada ka yg kena ayam px? uhuh..moga cepat sembuh ya.. :) sya dulu kena masa darjah 5/6 macam tu jangkit dgn kakak lepas dia suruh tolong spukan ubat..hehe..n sya ni main langgar pantang juga..mak kata tak blh makan telur,ayam (* adakah sbb chickn px so mmg tak boleh makan ayam? ==') tp sya tetap makan..so far..parut tak ada la sangt yg tinggal...huhu..

Rayna Ziqdhiyafi said...

tQ..anak akak kena dalam 2 thn lps tp ada ank kwn akak kena..kak pun sama la,jangkit dari adik..nasib baik la dah hilang parut..hi3..memang tak pantang pun, mana boleh tahan..^^,

AinNawwar said...

memang seksa kalau kena. nawwar kena masa drjah 5, degil lg tetap gi mandi ujan. sekarang nyesal sbb ada parut. haha

Rayna Ziqdhiyafi said...

xpa nawwar,lama2 nanti hilang la tu..sapu ubat2 apa2 yg ptt, segak blk la.. ^^,