Nuffnang
Wednesday, 17 April 2013
Sahabat Selamanya
Sekali sahabat selamanya sahabat
Biar berjauhan asal hati tak lupa,
Biarlah tak jumpa asal sentiasa diingati...
"ambil masa untuk bersahabat itulah sumber kebahagiaan"
"ambil masa untuk ketawa itulah muzik dihati"
"Orang yang matang dalam persahabatan
adalah orang yang menyayangi sahabat itu
dan sentiasa menyimpan rahsia sahabat itu
walaupun dirinya tidak lagi dipedulikan dan
tiada tempat istimewa dihati sahabatnya lagi"
"Adakalanya bukan mudah menjaga hati semua orang
walaupun kita baik dengan mereka
tapi berusahalah tidak menyakiti hati mereka
walaupun hati kita sendiri sentiasa disakiti"
"Adakalanya Allah menjadikan 'orang kurang baik'
sebagai orang yang terdekat dengan kita
kerana Allah hendak tambah pahala kita
dengan sifat sabar kita disebabkan
kelemahan dan kekurangan dia
mengingatkan diri bahawa kita juga masih ada kekurangan"
"Bersahabat dan mendekatkan diri pada DOA buat kita kenal
siapa sahabat yang sebenar...
eratkan kasih sayang melalui doa
doakan kebaikan buat orang yang membenci kita membuatkan kita lebih tenang"
"Buat sahabat yang ketika ini bahagia,
kudoakan moga berkekalan..
buat sahabat yang ketika ini sakit,
kudoakan semoga tabah menghadapinya..
Kudoakan juga apa pun yang dilakukan hari ini,
akan mendatangkan kebaikan dan dipermudahkan"...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment