Nuffnang

Showing posts with label Pendidikan Islam. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan Islam. Show all posts

Wednesday, 17 April 2013

Sahabat Selamanya



Sekali sahabat selamanya sahabat
Biar berjauhan asal hati tak lupa,
Biarlah tak jumpa asal sentiasa diingati...

"ambil masa untuk bersahabat itulah sumber kebahagiaan"
"ambil masa untuk ketawa itulah muzik dihati"

"Orang yang matang dalam persahabatan
adalah orang yang menyayangi sahabat itu
dan sentiasa menyimpan rahsia sahabat itu
walaupun dirinya tidak lagi dipedulikan dan
tiada tempat istimewa dihati sahabatnya lagi"

"Adakalanya bukan mudah menjaga hati semua orang
walaupun kita baik dengan mereka
tapi berusahalah tidak menyakiti hati mereka
walaupun hati kita sendiri sentiasa disakiti"

"Adakalanya Allah menjadikan 'orang kurang baik'
sebagai orang yang terdekat dengan kita
kerana Allah hendak tambah pahala kita
dengan sifat sabar kita disebabkan
kelemahan dan kekurangan dia
mengingatkan diri bahawa kita juga masih ada kekurangan"

"Bersahabat dan mendekatkan diri pada DOA buat kita kenal
siapa sahabat yang sebenar...
eratkan kasih sayang melalui doa
doakan kebaikan buat orang yang membenci kita membuatkan kita lebih tenang"

"Buat sahabat yang ketika ini bahagia,
kudoakan moga berkekalan..
buat sahabat yang ketika ini sakit,
kudoakan semoga tabah menghadapinya..
Kudoakan juga apa pun yang dilakukan hari ini,
akan mendatangkan kebaikan dan dipermudahkan"...


Monday, 15 April 2013

Senyumlah Sayang





Allah tak pernah kekalkan malam tanpa siang
Allah tak pernah kekalkan hujan tanpa panas
Allah tak pernah kekalkan tangisan tanpa ketawa
Allah tak pernah kekalkan sedih tanpa gembira

Bersangka baiklah dengan Allah
Allah akan kurniakan sesuatu yang baik juga
Allah tak pernah menzalimi hambanya
Dan janganlah kamu menzalimi diri kamu sendiri
Tersenyumlah dalam menghadapi hari-harimu..

Saturday, 13 April 2013

Syurga Wanita




Kesian Wanita

Diam  --------> dia lemah
Lantang --------> nampak salah
mesra --------> dia gatal
pasif -------> dipijak-pijak
kahwin --------> bila beranak
tak kahwin ---------> pasti digelak
berhijab --------> dikata kolot, jahat, menunjuk-nunjuk
tak tutup ---------> lagilah heboh
setia --------> dimadu lelaki
curang ---------> dicanang keji
terlalu cinta ---------> dimain-mainkan
terlalu berjaga --------> dimarah-marahkan
menangis ----------> rimas selalu
mata kering -------> dipanggil kepala batu
buat betul ---------> pelbagai benda dipersoal
buat silap --------> sekampung berbual

tapi UNTUNG wanita sebab setiap kali dilemparkan
kejian dan hinaan, SYURGA adalah tempatnya,
cukup hanya menjadi SOLEHAH kerana ALLAH S.W.T
patuh segala perintah ALLAH,
INSYAALLAH dirinya sebaris dengan para bidadari dan
mungkin lebih atas lagi,
dengan izin ALLAH di SYURGA kelak,
InsyaAllah....

`Senyum bersamaNya`



"Awak...

Ya..Awak yang tengah baca ni..
Saya tahu, jauh di sudut hati awak..
Ada rahsia yang tersimpan..
Ada tangisan yang tersembunyi..
Ada harapan yang terlukis terang..

Namun di situ
awak memilih untuk senyum..
Awak bertahan dalam diam..
Awak yakin dengan doa..

Tapi saya percaya disebaliknya..
Awak kongsikan segalanya pada DIA yang lebih mengerti..
Awak menangis dihadapanNya yang jauh lebih memahami..
Awak serahkan hati awak sepenuhnya..
Hanya untuk DIA..

Sebab itu awak nampak tabah dan tenang menghadapinya semuanya..
Kerana hatimu teguh bersama PENCIPTA..



Sunday, 24 March 2013

Bahana Meninggalkan Solat








Pesan Imam Ghazali





PESAN IMAM GHAZALI

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?

Murid 1: Orang Tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum Kerabat
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI" sebab itu janji ALLAH bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?

Murid 1: Negeri China
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bulan
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak dapat kembali ke  masa yang lalu, Oleh sebab itu, kita harus menjaga hari ini, hari esok, hari-hari akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali : Apa yang paling besar di dunia ini?

Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tetapi yang besar sekali ialah HAWA NAFSU, maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka..

Imam Ghazali : Apa yang paling berat di dunia?

Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH, Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, malaikat semua tidak mampu ketika ALLAH S.W.T meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini, tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan ALLAH S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini?

Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun
Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tetapi yang paling ringan sekali adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan SOLAT.

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid-murid menjawab dengan serentak : "Pedang"
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Semoga kita dapat mengambil manfaat dan Hikmahnya. Aminn..

Anak Soleh



-sama-sama kita amalkan, semoga anak-anak kita akan menjadi anak yang soleh dan solehah-
InsyaAllah





Saturday, 23 March 2013

'Pantun Solat'





SOLAT bukan PART TIME ;;;;;;;;;;;; bukan SOMETIME;;;;;;;;;;;;;; bukan NO TIME
;;;;;;;;;;;mesti buat FULL TIME;;;;;;;;;;;; mesti buat ON TIME;;;;;;;;;;;kalau boleh OVERTIME
;;;;;;;;;sebab mati ANYTIME

-peringatan untuk diriku jua-

Jom Istiqamah




ISTIQAMAH  dalam istilah syarak bererti teguh pada jalan yang benar, lurus, berpegang kepada akidah Islam dan mengamalkan syariatnya dengan tekun tanpa berubah..














Friday, 22 March 2013

Mulut Ibu




Oh Emak!! Engkau lah Ratu Hatiku..




10 Golongan yang Zalim!!



Semoga kita di jauhi dari termasuk di antara 10 golongan ini...



Hujan!! Syukur Ya Allah..




Alhamdullillah...turun jugak hujan akhirnya..dah lama aku tunggu, patut la rasa bahang semacam ja..


^Mai kita baca doa sempena syukur kita pada Allah Taala^





Bila hujan turun,rasa sejuk ja, mata pun asyik ikut rentak hujan ni ja..kalau aku biaq ni,mesti boleh belayar jauh sampai Lautan pasifik..

Tapi kalau aku layan mata aku ni, tak jadi reja la aku..sebelum apa-apa,jom kita hiburkan hati sat..
Dengar lagu Allahyarham Sudirman ni memang tak pernah jemu..




Selama mana hujan turun,aku tetap bersyukur pada rahmatmu Ya Allah...Alhamdullillah..

Ubat Hati



Muka masam,hodoh betoi aku tengok, awat,pasai pa?? Kaki dan tangan dah makin elok,awat muka dok lagu tu jugak,ada penyakit hati ka sampai tak boleh tersenyum...Mai sini, aku nak check tengok!!!




Kalau tak boleh senyum lagi, ni ada petua untuk 'latih' hati menjadi berseri-seri kembali..


Saturday, 16 March 2013

Tipu Daya Syaitan!!!



Waspada Tipu Daya Syaitan!!!


Nafsu sentiasa menyeru manusia melakukan kejahatan dan kemungkaran. Dengan pengetahuan dan kefahaman ini, InsyaAllah akan terhindarlah kita daripada godaannya.

Antara bentuk godaan dan tipu daya syaitan yang perlu kita ketahui dan awasi itu ialah:-

1.  Melarang manusia beribadat kepada Allah


Kerja harian syaitan adalah melarang manusia melakukan amal ibadat kerana Allah.Tetapi jika 
seseorang itu dipelihara Allah, dia akan menolak seruan syaitan dan berkata"Aku mengharapkan pahala daripada Allah dengan melakukan pelbagai ketaatan dan amal ibadat, aku harus mempunyai bekalan demi akhirat yang kekal.

2.   Memujuk manusia agar tidak taat

Syaitan akan berbisik kepada seseorang itu: "Nanti sahaja atau sudah tua kelak." Orang yang dipelihara Allah  akan mennolak bisikan itu dengan berkata: "Kematianku bukan berada di tangan mu.Jika aku melengah-lengahkan amalan hari ini atau esok hanya mendapat kerugian, sedangkan setiap hari aku mempunyai amal yang berlainan.

3.   Mendorong manusia agar tergesa-gesa

Syaitan tidak suka manusia yang menggunakan masa untuk beramal, oleh itu syaitan mendorong manusia supaya tergesa-gesa dalam beramal dan mengerjakan kebaikan.Syaitan berkata: "Cepatlah beramal agar engkau dapat mengejar amalan yang lain." Tetapi bagi orang yang dipelihara Allah akan berkata " Amal yang sedikit tetapi sempurna lebih baik dari amalan yang banyak tetapi tidak sempurna.

4.   Mendorong agar membuat amalan kerana manusia

Syaitan akan menyuruh manusia melakukan amalan baik dengan sempurna supaya tidak dicela orang. Ini kerana syaitan tidak mahu manusia membuat sesuatu amalan kerana Allah. Tetapi bagi seseorang yang amalannya dipelihara Allah akan mengatakan: "Bagi saya, penilaian cukup hanya daripada Allah, dan tidak ada manfaatnya beramal kerana manusia.

5.   Memuji amalan seseorang

Syaitan tidak suka melihat manusia yang taat melakukan ibadat. Jadi apabila seseorang itu beribadat, syaitan akan berbisik: "Betapa tinggi darjatmu kepada orang yang beramal soleh dan betapa cerdik dan sempurna dirimu." Bagi orang dipelihara Allah, akan mengatakan bahawa keagungan dan kesempurnaan itu hanyalah kepunyaan Allah, bukan kekuatan dan kekuasaannya. Malah katanya, Allah jua yang melimpahkan taufik kepadanya, reda tehadap amalannya dan memberi pahala yang besar. Sekiranya tanpa kurnia Allah, apalah erti amalannya, dibandingkan dengan banyak nikmat Allah yang diberikan kepadanya, disamping dosa yang banyak pula.

6.  Menyebarkan penyakit riak

Jika syaitan tidak berjaya melakukan tipu daya dengan memuji seseorang, syaitan akan menyebarkan penyakit riak tanpa manusia sedari, kecuali orang yang cerdik dan dapat befikir. Syaitan akan berbisik, " Bersungguh-sungguh engkau beramal dengan Allah, jangan sampai diketahui orang lain." Sebab Allah jualah memberitahu kepada orang lain bahawa engkau seorang hamba yang ikhlas." Dengan kata-kata ini, syaitan dapat menjadikan seseorang itu menjadi riak, tetapi kata-kata berkenaan tidak akan berjaya kepada orang yang dipelihara Allah kerana orang terbabit akan mengatakan: "Hal mal'un (yang dilaknat), tiada hentinya engkau menggodaku dan merosakkan amalanku. Kini seolah-olah akan memperbaiki amalanku,padahal kau bermaksud merosakkannya. Aku adalah hamba Allah dan Allah yang menjadikanku. Dan jika berkehendakkan, Allah akan melahirkan atau menyembunyikan amalanku. Dan jika mengkehendaki, Allah akan menjadikanku mulia dan hina. Semuanya adalah urusan Allah. Aku tidak khuatir amalanku diperlihatkan atau tidak kepada orang lain, sebab itu bukan urusan manusia".

7.   Menanamkan keraguan

Syaitan sentiasa menjadikan manusia melakukan amal ibadat dalam keadaan ragu-ragu. Syaitan mengatakan: Hai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadat. Sebab jika Allah telah menetapkanmu sebagai orang yang berbahagia pada hari azali kelak, maka meninggalkan ibadat pun tidak menjadi mudarat. Engkau tetap menjadi orang yang berbahagia . Dan jika sebaliknya, tidak guna engkau beibadat kerana engkau tetap celaka". Bagi orang yang dipelihara Allah akan mengatakan: " Aku hanyalah hamba Allah. Wajib bagiku menuruti perintah-Nya. Allah Maha Mengetahui dan berbuat apa sahaja sesuai dengan kehendak Nya. Walau bagaimana keadaanku, amalanku tetap bermanfaat, jika aku ditetapkan sebagai orang yang berbahagia, aku tetap beribadat untuk menambahkan pahala. Jika aku ditetapkan sebagai orang yang celaka, aku juga tetap akan beribadat agar aku tidak menyesal. Sekiranya aku masuk ke neraka, padahal aku taat, itu lebih aku sukai darpada aku masuk neraka kerana berbuat maksiat.

Nak Tidur?? Baca Dulu...



SUNNAH-SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W. SEBELUM, KETIKA DAN SELEPAS TIDUR

#Sebelum dan selepas tidur,baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan Doa Masnun (Doa harian) tapi hakikatnya harga yang ALLAH S.W.T janjikan adalah Syurga.

#Jangan tidur menghadap kaki ke arah kiblat, ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

#Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah,sekiranya dia mati malam tu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah??  Subhanallah 33x, Alhamdullillah 33x,
Allahuakbar 34x..

#Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

#Niat untuk bangun Tahajjud,sekiranya tidak terjaga,Allah s.w.t akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam..'Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

#Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

#Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur,Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

#Tidur cara Rasullullah s.a.w dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi..Banyak lagi sunnah Rasullullah s.a.w yang boleh di amal,semuanya mudah dilakukan.Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.


*Insya Allah amal dan sampaikan ^_^






Pernah Tak Menangis??


TANGISAN HANYA UNTUK ALLAH S.W.T

Air Mata Hamba

Pernah tak kita menangis kerana:-

~Takutkan ALLAH S.W.T??
~Takut dengan Api Neraka ALLAH S.W.T??
~Dosa kita dengan ALLAH S.W.T??
~Rindukan Syurga ALLAH S.W.T??
~Rindukan Kekasih Allah (Nabi Muhammad S.A.W dan Para Anbiya)??
~Takutkan Azab Kubur??
~Melanggar perintah ALLAH S.W.T??

Berapa kali setiap Doa kita menangis?? Berapa kali tiap kali Sujud kita menangis?? Berapa kali kita bangun Solat Sunat Taubat dan kita menangis?? Berapa kali kita menangis apabila baca Kisah Tentang Api Neraka?? Berapa kali kita menangis apabila kita Berzikir akan kebesaran ALLAH S.W.T?? Dan berapa kali kita menangis kerana ALLAH S.W.T??


Menangislah,kadangkala manusia terlalu SOMBONG untuk menangis..lalu untuk apa Air Mata dicipta, bukan hanya bahagia yang ada didunia,air mata diciptakan bukan untuk dikeluarkan untuk sesuatu yang TIDAK BERMANFAAT,bukan untuk KEKASIH YANG TIDAK HALAL buatmu, tetapi Hanya untuk DIA..TERIMA KASIH YA ALLAH S.W.T kerana menciptakan air mata ini.. <3



Otak Rosak


10 ISU PERKARA YANG MEROSAKKAN OTAK




p/s:- Mak aku kata, yang No 10 tu letak kat No 1 sebenarnya... ^^, 

Friday, 15 March 2013

Perbezaan Jin,Iblis dan Syaitan



Jin, Iblis dan Syaitan..

Ketiga-tiganya adalah antara makhluk ciptaan selain Malaikat dan Manusia. Menurut Al-Quran, jin dicipta sebelum manusia dan kedua-duanya menghuni dunia ini..

Nama jin diambil sempena asal kejadiannya yang tersembunyi daripada mata manusia, iaitu berasal dari kata kerja'janna' yang bermaksud 'tertutup','terselindung' dan 'tersembunyi'..

Jin tergolong dalam dua golongan, iaitu jin beriman dan jin kufur.Dikategorikan dalam jin kufur atau kafir ialah nama seperti ifrit, syaitan dan qarin..

Iblis pula berasal daripada golongan jin seperti disebut dalam Al-Quran:" Dan (ingatkanlah peristiwa) tatkala kami berfirman kepada malaikat: "sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan iblis,ia berasal daripada golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya..

Manusia tidak mampu menguasai golongan jin. Bagi Nabi Sulaiman a.s ,baginda dapat mengusai jin kerana diberi anugerah berbuat demikian dan ia adalah antara mukjizatNya..

Jesteru, manusia sewajarnya tidak berkawan dan mempercayai jin. Ini kerana mereka sentiasa mencuba sedaya upaya supaya manusia melakukan dosa besar sehingga syirik kepada Allah Taala..