Nuffnang

Monday, 22 April 2013

Sukan Tahunan Tadis/Kafa 2013


hari sabtu lepas 20/4/2013, Tadika tempat anak-anak aku belajar ada mengadakan 
Sukan Tahunan Tadis&Kafa Kg Kastam 2013..
syukur Alhamdullillah, semuanya berjalan dengan lancar..

Antara acara yang anak aku masuk 

Muhammad Hazim Haziq(Rumah Kuning)
Lari Pecut                 -----------> Johan
Susun Huruf&Abjad -----------> Johan
Susun Tin                 -----------> Naib Johan

Nur Dhiya Lutfia(Rumah Merah)
Isi Air Dalam Botol -----------> Tempat Ketiga
Susun Tin               ------------> Tempat Ketiga

Muhammad Dhamin Dafi(Rumah Merah)
Isi Air Dalam Botol -----------> Tempat Ketiga

bila dapat pingat ni, rasa berbaloi jugak la..tak la rasa penat sangat dok pulun buat latihan..cikgu tengok pun boleh senyum..walaupun cuaca panas, redah jugak.. nak bagi support kat anak katakan..bukan semangat dari aku sorang ja tapi dari encik abang, mak, adik aku berry dan salsabilla..seronok jugak la sesekali tengok gelagat anak2 kecik main sukan..dari mula sampai habis kami ambik tiket depan ja..langsung tak berganjak..
macam2 acara ada, dari acara untuk anak, lepas tu cikgu sampai la acara berpasangan(ibubapa)..aku tak join pun sebab encik abang tak berminat sangat nak masuk..part yang tak best sikit pun bila pingat untuk anak aku yang last tu tak dapat nak bawa balik sebab ada budak lain dah terambil pingat dia..tapi takpa awai2 lagi aku dah inform kat cikgu dia, harap boleh dapat balik laa..

ikut encik abang, dia tak kisah sangat..biar la dah takdak dia kata tapi aku tetap nak jugak..bukan nak berkira sangat tapi saja nak buat sebagai kenang-kenangan..dah penat main, nak la jugak tengok hasilnya..

kat bawah ni ada la beberapa keping gambar yang sempat aku snap..tak banyak sangat sebab aku banyak rakam jer..sampai tak perasan ada gambar2 penting aku terlepas..gambar anak aku naik atas stage ambik medals tu pun aku tak sempat nak snap..tu la sibuk jadi camera woman sangat..












2 comments:

Nana Liena said...

hehe..hebat la haziq lari..nanti nak ajak dia lumba..ahaha..tgk siapa yang menang..

Rayna Ziqdhiyafi said...

boleh ^_^ mmg minat dia la tu..dlm rmh, nk p dapur pun bkn tau jln, asyik lari ja..