Sebagai peringatan kepada kita semua, mungkin hampa dah besa baca dan dengar cerita macam ni tapi sebagai manusia biasa,kita mudah terlupa, jadi sama-sama la kita tolong peringatkan yer..
Jangan Sombong ya!!
Ada seorang Profesor yang menaiki sebuah perahu kecil ke suatu tempat, kerana merasa bosan di dalam perahu, dia mencari seorang Pelaut untuk bersembang-sembang...
Profesor : Adakah anda mengerti Sains?
Pelaut : Tidak
Profesor: Wah!! sayang sekali, anda telah kehilangan setengah dari kehidupan anda..
Adakah anda mengerti matematik? Profesor bertanya lagi..
Pelaut : Tidak juga..
Profesor : (Mengelengkan kepala) dan berkata, Sayang sekali, anda telah kehilangan setengah lagi dari
kehidupan anda..
Tiba-tiba ada ombak besar, perahu tersebut menjadi terumbang-ambing..Ada beberapa tempat telah dimasuki air, perahu tersebut akan tenggelam..Profesor itu telah menggigil ketakutan..
Pelaut : " Tuan, adakah tuan tahu berenang"?
Profesor : (dengan cepat mengelengkan kepala)..Saya tidak tahu!!, cepatlah tolong saya!!
Pelaut : 'Anda tidak tahu berenang', Apalah erti hidup anda,, anda akan kehilangan seluruh hidup anda..
Pengajaran :- Sebenarnya semua orang memiliki kelemahan dan kelebihan masing-masing, kita boleh berbangga dengan kebolehan diri kita tapi INGAT!! jangan sampai membuat diri kita sombong serta angkuh dengan kelebihan yang kita miliki..sentiasa merasakan masih ada yang lebih pintar dari kita,dan kita juga masih perlu belajar dari kelebihan orang lain..
No comments:
Post a Comment