Nuffnang

Wednesday, 27 March 2013

Kerana Mulut





Bila hidup berjiran ni, kena pandai  bawa diri, jangan nak bangga diri sangat..Sehebat mana pun diri kita, tak perlu la nak menyombong..

Seorang hamba Allah ni, mulut dia, boleh tahann..kali pertama aku tengok pun, aku dah nampak cara jelingan tu lain macam ja..tapi aku macam biasa la kan, memang tak pandai nak berkawan, kalau nak suruh aku yang tegur dulu tu, jangan harap la..aku ni memang jenis tak reti nak bersembang..takat senyum boleh la..

Aku memang pernah nak cuba tegur tapi yang membantutkan niat aku , bila tengok cara dia , tak pernah langsung nak senyum bila aku senyum..baik aku buat tak tau jer..orang lama yang memang dah kenai dengan 'makcik' ni, memang selalu bagi amaran dekat my big boss..dah ramai yang gaduh dan ada yang pindah kerana mulut dia..

tapi tak payah risau la, aku ni jenis tak amik port pun..kadang-kadang aku tengok dia memang suka cari pasal..macam-macam barang dia letak depan rumah, kawasan rumah orang lain pun dia sapu sekali.tu yang buat orang selalu gaduh dengan dia... yang paling aku tak tahan, penyidai baju orang pun dia kebas, habis satu kuarters dengar dia gaduh pasal berebut penyidai tu..yang buat aku lagi tak faham, bukan barang dia..

dekat aku, ada jugak la dia usik-usik manja..dia sapu sampah, dia biar depan rumah aku..kadang-kadang sampah yang dia nak buang, dia letak dekat jalan aku nak lalu , tapi aku buat tak tau..bila dah banyak kali buat, aku tak amik port, berenti la..pas tu dia cari mangsa lain pulak..yang aku kesian, dekat laki dia, menurut ja apa bini dia buat..tak cakap banyak..

aku pun tak berapa nak faham, seronok sangat ka buat orang benci atau dia ingat semua yang tinggal dekat situ tak setaraf dengan dia kott.. ^_^

Ni kisah lama yang aku saja imbas balik...'makcik' tu pun dah pindah, dah dekat dua tahun pun..aku pun tak pasti apa sebab dia, mungkin pindah duduk rumah sendiri kot..harap-harap jangan la dia buat perangai macam dulu jugak..kalau tak, kesian jiran dia..bagi aku, orang jenis macam ni sesuai duduk dekat kampung yang jauh dari orang ja..






No comments: