Nuffnang

Monday, 8 April 2013

Tragedi Malam !!



dari awai pagi sampai petang, muka blurr jer..mata jangan cakap la, jenuh dok bertongkat..semua nie gara-gara 'kau'..memang aku panas hati betoi..dari semalam lagi aku bertekad, hari ni kalau aku dapat semuka dengan hang, memang aku nak taboh sedas dua..

bukan aku sorang jer kena, habis satu family aku hang bantai..perangai busuk hati hang memang teruk..tambah dengan hasad dengki yang tak berkesudahan dari dulu lagi..

"apa salah kami"???

bukan salah kami kalau hang takdak tempat tinggal, dah memang kewajipan kami menghalau hang..kalau kami biar, takut ramai lagi yang akan menjadi mangsa..

Semalam, aku paksa juga mata ni tertutup supaya aku tak akan ingat hang..tapi apakan daya, aku terpaksa bangun untuk menenangkan anak-anak aku yang mula resah dengan kehadiran hang yang tak diundang..

dalam suasana kelam malam, aku dapat dengar suara abah aku yang hanginn..aku mula takuttt...takut terjadi sesuatu yang tak diingini..ohhhh, memang perkara itu bakal berlaku..aku dengar abah aku bercakap dengan emak aku, abah memang dah bertekad akan 'bunuh' hang pada esok hari...walaupun gementar tapi aku bersyukur..

Itulah yang kami mahu..itulah yang terbaik buat kami semua!!!

aku hanya mampu berdoa supaya hari esok akan datang dengan cepat..aku ingin menyaksikan apa yang bakal terjadi!! aku ingin tengok, apa yang hang akan buat!!!

Syukur Ya Allah, kau berikan kami peluang untuk menentukan siapa yang salah dan siapa yang benar dalam hal ini!!

Alhamdullillah yang tak terhingga..Semoga perkara ini akan menjadi iktibar kepada semua..walaupun kita terleka hanya sebentar, berhati-hatilah...ada yang sentiasa menunggu dan mengharap kita membuat kesilapan agar niat mereka tercapai...

Aku berharap kau sedar, kami bukanlah insan yang lemah..

Jauhkanlah pandangan kami dari melihat engkau !!!

Janganlah kau ganggu kehidupan kami lagiiii !!!

Jika terdetik walau sekali niat kau untuk mengganggu kehidupan kami lagi, inilah pesanan kami buat kau..

KAMI AKAN BERJUANG HINGGA KE TITISAN DARAH KAU YANG TERAKHIR !!!!

kami benci hang !!



Oh " NYAMUK"...



memang betoi la, hang ni musuh dalam selimut..

habis punah waktu tidur aku!!! kalau jumpa hang lagi, siapp !!!!

2 comments:

Unknown said...

cerita bikin suspen hahahha~:)

Unknown said...

hehehe..ok ker vivi..