Nuffnang

Wednesday, 17 April 2013

Sahabat Selamanya



Sekali sahabat selamanya sahabat
Biar berjauhan asal hati tak lupa,
Biarlah tak jumpa asal sentiasa diingati...

"ambil masa untuk bersahabat itulah sumber kebahagiaan"
"ambil masa untuk ketawa itulah muzik dihati"

"Orang yang matang dalam persahabatan
adalah orang yang menyayangi sahabat itu
dan sentiasa menyimpan rahsia sahabat itu
walaupun dirinya tidak lagi dipedulikan dan
tiada tempat istimewa dihati sahabatnya lagi"

"Adakalanya bukan mudah menjaga hati semua orang
walaupun kita baik dengan mereka
tapi berusahalah tidak menyakiti hati mereka
walaupun hati kita sendiri sentiasa disakiti"

"Adakalanya Allah menjadikan 'orang kurang baik'
sebagai orang yang terdekat dengan kita
kerana Allah hendak tambah pahala kita
dengan sifat sabar kita disebabkan
kelemahan dan kekurangan dia
mengingatkan diri bahawa kita juga masih ada kekurangan"

"Bersahabat dan mendekatkan diri pada DOA buat kita kenal
siapa sahabat yang sebenar...
eratkan kasih sayang melalui doa
doakan kebaikan buat orang yang membenci kita membuatkan kita lebih tenang"

"Buat sahabat yang ketika ini bahagia,
kudoakan moga berkekalan..
buat sahabat yang ketika ini sakit,
kudoakan semoga tabah menghadapinya..
Kudoakan juga apa pun yang dilakukan hari ini,
akan mendatangkan kebaikan dan dipermudahkan"...


Tuesday, 16 April 2013

Hangin Dengan Sorang Blogger



dalam dok sibuk selak-selak page kengkawan, anak pulak mencelah minta bancuh air..memang yang sorang ni jenis nak minum baru bancuh...takmau yang jenis bancuh 1 jag terus, fesyen apa pun taktau la, tak lalu kato nyer..memang minuman wajib dia milo laaa..pernah cuba tukaq minuman coklat jenama lain tapi tak sesuai dengan perut..tambah pulak deria bau tu lebih dari orang, kalau nampak kaler tak sama macam selalu, pakai hidu jer, langsung tak minum..

ada satu hari tu, jumpa la sorang blogger, dah jumpa mesti gosip..dah habis gosip sambung cerita bab family..dah masuk bab family ni, kisah anak mesti haruss punya..aku pun selit la cerita pasai milo ni..dengan confidentnya dia mengesyorkan kat aku suruh try jenama D**** L*** Chocolate..sedap sesangat dia kata.tak payah tambah susu tin dah macam bancuh milo...kat rumah dia sebungkus tu tak sampai dua minggu, licinn..bukan ada orang lain..dia dan husband dia jer..dah aku tengok masa dia cerita tu hidung dia kembang kempis punya semangat macam duta minuman tu, aku pun teringin la nak cuba..aku pun beli la 1 pek..lalalala..dengan gembiranya bawa balik rumah...

aku tunggu dengan sabaqnya, bila la anak aku nak suruh bancuh air...anak aku buka ja mulut suruh bancuh, laju ja aku kedapur..aku tak try lagi, saja nak bagi anak aku rasmi..dengan senyum simpulnya aku letak atas meja dan panggil anak aku mai minum..aku setia tunggu sebelah nak tengok apa reaksi dia..mula tengok muka macam ok..tapi tak minum lagi, lepas tu macam besa la, ambik bau dulu..mulut nak sampai kat straw tu punya la lambat, yang aku ni kepala dok turun naik, turun naik terikut kepala dia..

lepas tu tak boleh jadi nie, kena paksa minum nie..aku suruh dia cepat-cepat minum bagi habis, kalau tak, no game..dengar ja macam tu, laju la..tapi tak sampai suku, tak boleh pi dah..minta belas kasihan, tak dapat nak habis..takpa anakku, bonda maafkan..dalam otak ni, dok teringat muka blogger ni dah..tapi dia kata sedap sesangat..jadi biaq aku yang rasa pulak..mula-mula amik mood dulu..dah bau 2, 3 kali, ikut pesyen anak aku..aku pun minum..

seteguk, dua teguk, tiga teguk...terus pening lalat..emmm...minuman coklat ni ada rasa susu macam
budak-budak dok minum tuuu..patut la anak aku tak lalu pun..suruh aku minum, lagi tak laa...sampai muntah-muntah aku dibuatnya..


mood aku tengah hangin dengan blogger ni, rasa macam malam ni jugak aku nak pi bersemuka ngan dia..
tapi nasib baik aku cepat-cepat sabarkan diri, esokkan masih ada...kalau ikut amarah aku, memang nak bagi senapang gajah nie..

tapi takpa, minggu ni ada janji nak jumpa..siap la hang nanti..nasib ingat blogger tu 'anak kepada emak dan abah yang sama dengan aku' kalau tak, haruss lumat..

p/s kpd blogger tu :- INgat, saya mempunyai tiga tentera yang sentiasa bersiap sedia berjuang..^_^ hahaha


Nasi Lemak MeletOp


bangun ja tidoq petang tadi, tekak teringin nak pekena nasi lemak+teh tarik...apa lagi, lepas ja mandi, terus kedapur, tengok bahan-bahan apa yang ada dalam peti ais, bawa keluar apa yang patut, then terus bikin.... setelah penat berkungfu ala-ala ninja, nasi lemak pun siap dan hasilnya sedappppppp.....HAHAHAHA...takdak maknanya aku jadi sebegitu rajin...

lepas ja mandi, siap dan terus tawaf cari makcik jual nasi lemak..dalam mimpi aku tadi, makcik tu dah pesan,suruh aku mai cari dia, jadi tak boleh nak buat apa laaa...^^, setelah penat aku tawaf, terjumpalah satu kedai nasi lemak ni..nampak macam besttt jer sebab selalu aku pekena nasi lemak gerai ja, hari ni nak rasa yang kedai besaq pulak..sedap atau besa-besa jer...

turun ja dari reta, badan pun dok rasa segar, jadi jalan pun boleh meliuk lentok ala-ala model la...masuk ja kat dalam tu, depa mai amik order

"nak makan apa MAKCIK"?? huh, macam ni punya lentok, kau panggil aku makcik..ish..ish..ishhh...tak patut..tak patut...terkesima sebentar,, lepas 2, 3 saat baru tersedar ke alam nyata balik..
dengan senyum yang tak berapa ikhlas, aku pandang wajah si pelayan yang amik order tu...

ooooooo...patut laaa panggil aku makcik, tinggi pun paras bahu aku ja..budak sekolah lagi..hi3
rasa macam baru ja aku besaq tapi dah ada orang panggil aku makcik..macam tak caya, dulu aku ja yang panggil makcik tapi la, aku pulak yang kena panggil..." sedaq diri la woiii, jangan dok perasan muda lagi" ^_^..okey-okey, aku sedaq sekarang..zaman dah berubah, umo pun turut berubah...

tapi dalam hati, nak ngomel jugak..." esok kau besaq adik, mesti kau panggil makcik ni akak" huh..perasan,masih mimpi lagi..hahaha...entah la tapi yang mana aku panggil makcik-makcik dulu tu semuanya dah bertukar  jadi akak...bila dah besaq ni, semua aku bantai panggil akak jer, heran, walaupun depa dah ada anak besaq-besaq, pangkat pun lebih kurang mak aku tapi macam tak sedap jer aku nak panggil makcik..mungkin sebab aku dah kahwin dan ada anak rasanya....

tapi aku no hal lah, panggil apa pun tak kisah..makcik pun takapa, sesuai dengan peredaran usia, nak muda selalu pun susah gak....ikut suka la nak panggil apa, padan la usia orang yang panggil..^_^ jangan yang pangkat tokwan panggil aku makcik cukupppp!!!! hehehe