Nuffnang

Monday, 3 June 2013

Selamat UlangTahun Sayang


rasanya lama dah xjenguk diari usang aku nie..rindu kot
macam2 yg aku sibukkan..apa yang aku sibukkan pun xtau ler..rasanya sama je kot ngan hari2 biasa cuma 'Cuti Sekolah'..ada perbezaan rasanya hari biasa ngan cuti sekolah..
sibuk lagi schedule aku time cuti sekolah nie kalau nak banding dengan sebelum nie..

hadiri majlis kahwin + melawat sanak saudara + happykan anak + tc my abang
nie la sebab aku sibuk ^^,

yang paling teruk sekali aku boleh terlupa tarikh penting dalam hidup aku...selama 7 tahun, ini kali pertama aku terlupa..ishhh..ishhh..maaf la banyak2 buat suami tersayang..
ulangtahun perkahwinan kami.. (26/05/2006)
sebelum nie sibuk komplen encik abang banyak makan semut tapi 
walhal  aku yang banyak kunyah semut sebenarnya.... hehehe

kira ok ler kan suami wish dulu, baru la nampak kesunguhan Sayang tue ^^,
xseronok la kalau kaum hawa ja yang jadi yang Pertama..


Buat Suamiku  -Syamsyul Raymi Bin Din-

Selamat Hari UlangTahun Perkahwinan kita Sayang..
kiranya untuk ke setengah abad lagi kita bersama..ucapannya tetap sama
Cinta dan tanggungjawab ini tergalas kerana Allah..
untuk abang dan anak-anak kita..

Dalam ranjau dan pahitnya rasa cinta
Isterimu tetap bahagia dan bersyukur...
menikmati hari-hari bersamamu
ku mengharapkan semuanya tetap keranaNya
kerana tanpaNya 
mungkin rasa cinta itu bisa luntur..

Ku ingin bersamamu sehingga ke Destinasi akhir kita 'Syurga'..

Terima Kasih kerana telah menjadi Suami yang Hebat buat diriku
dan Bapa yang luar biasa buat ketiga2 orang anak kita -------@






Tuesday, 28 May 2013

Hot Perfume AAA!!! hanya RM55, Percuma Pos!!!



Perfume berjenama Triple A untuk lelaki dan wanita..
98%  original copy dengan harga yang sangat berpatutan...Hanya RM55!!
untuk belian 10 botol ke atas boleh contact saya untuk dapatkan harga yang lebih menarik...
call/sms 012-4115910



1.  Givenchy Paris 100ml (men)
2.  Dolce&Gabbana 100ml (men)
3.  Gucci Guilty Pour Homme 90ml (men)
4.  Paco Rabanne 100ml (men)


                          


5.  Carolina Herrera 212 VIP 100ml (men)
6.  AcQua Di Gio Giorgio Armani 100ml (men)
7.  Ralph Lauren 1 125ml (men)
8.  Hugo Boss 150ml (men)



9.  Carolina Herrera (women)
10. Calvin Klein BEAUTY 100ml (women)
11. Flora by Gucci 100ml (women)
12. Paco Rabanne Lady Million 80ml (women)



13.  Burberry Weekend 100ml (women)
14.  Lancome Paris 75ml (women)
15. Escada Marine Groove 100ml (women)
16. Dolce&Gabbana Desire 75ml (women)


17.  Bvlgari  ToniQ AQVA Pour Homme Marine 100ml (men)
18.  Calvin Klein CKFree Blue 100ml (men)
19.  Lacoste Purple 100ml (women)
20. Calvin Klein SHEER BEAUTY 100ml (women)




Friday, 17 May 2013

Terima Kasih Cikgu

Cikgu....

Dalam ajarmu ada harapan.......
Dalam tegurmu ada Doa..................
 Dalam marahmu ada sayang.....................
Dalam mesramu ada takwa..............................
Dalam diammu ada bijaksana.....................................
Dalam didikan dan tanganmu........................................
KAMI kini menjadi................................................................
...Insan berilmu dan berguna...


Buat semua cikgu di tadika Tadis, Kg Kastam...khasnya ustazah umi, ustazah supiah, ustazah shida dan ustazah izan..aku ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kerana tak jemu2 kongsikan ilmu dan mengajar anak2 aku..daripada kosong, sekarang aku dah boleh nampak perubahan mereka..

dari hari ke hari mereka semakin rajin belajar, sudah pandai menulis dan membaca..si abang, daripada merangkak, sekarang alhamdullillah, bacaan dah semakin lancar..kalau keluar, apa ja nampak, semua dia baca..abah tengok pun seronok..mama lagilah, berbunga2 syukur..ini semua pengorbanan dari cikgu ..

adik2 pun dah mula rajin selak buku..pantang tengok abang baca, ada la suara2 halus yang ikut kot belakang..nak suruh buat kerja rumah pun dah tak payah berletiaq, faham dah tanggungjawab masing2..ini la perubahan yang aku nanti-nantikan..Terima Kasih Cikgu!!!

segala jasa Cikgu tak dapat di balas, hanya doa menjadi iringan..Syukur Ya Allah..

Selamat Hari Guru dari Hazim, Lutfia & Dhamin.. (1 Aspirasi 1 Agenda)






Monday, 13 May 2013

Kenduri Kesyukuran

Syukur Alhamdullillah, selesai sudah kenduri kesyukuran..penattt???? jangan cakap la, sampai ponteng sekolah anak aku hari nie..semuanya disebabkan mak budak+budak2 penat gegiler..dari awai pagi lagi semua dah kena buat, tugas dah dibahagikan tapi saling tolong menolong la..dari a-z memang semua pakatan kami sekeluarga..bila kenduri buat lepas isyak, selesai pun tengah malam la..

urusan luar rumah macam bab khemah,+pasang lampu+susun meja+bersih kawasan semuanya abah aku handle sambil dibantu oleh adik2..bab dalam rumah+masak biasa laaa, mestilah diuruskan oleh kaum hawa..chef mak jadi mentornya dan semua anak didik telah diberi tugas masing2..

menu malam tu ialah gulai ikan seludu+ayam goreng berempah+sayur kobis goreng+sambal belacan+ulam+laksa..minuman pulak teh tarik&sirap+oren sunquick..untuk pencuci mulut pulak dadih perisa milo dan strawberi..

Tetamu khas yang hadir malam tu  ialah Yb Tn Hj Shabudin bin Yahaya(Ahli Parlimen Tasek Gelugor) bersama isteri, Adun Sg Dua bersama Isteri dan Adun Permatang Berangan...Adun Permatang Berangan Yb Hj Omar mai agak lewat sikit sebab terpaksa memenuhi undangan kat tempat lain dulu, tapi takpa la, janji mai jugak kann..

memang tetamu yang mai tak dijangka, boleh tahan ramai..ingatkan lebih kurang dalam 70 orang  macam tu ja tapi tak sangka pulak melebihi seratus orang ..Alhamdullillah..tapi bahagian dapur agak kelam kabut sikit bila makanan makin surut tapi jumlah tetamu yang mai semakin meningkat..memang tak diduga..ingatkan jam dah makin lewat, orang makin kurang tapi ni tak, jadi sebaliknya pula..apalagi pakat pi dapur la, nasib baik dah sediakan lauk tambahan tapi masalahnya terpaksa ambik masa sikit untuk masak..minta maaf banyak2 yer ..^^,

walaupun gambar banyak tapi tak larat nak boh semua, aku pilih2 ja, tu pun secara rambang sebab penat tak habis2 gi..mau ambik masa jugak la nak kembali normal..^_^ ..


 ni la abah aku selaku tuan rumah..
maaf, kualiti gambar tak berapa nak cun..
mula memang adik aku dah target baik punya tapi tengok2 dapat belakang jer..hi3
 nak buat camna, sibuk melayan tetamu, ni pun jadi la..^^,



puan emak dan kakak



kat belakang rumah pun jadi la..
pose dulu sebelum sambung tugas cuci mencuci ^^,




nie ja la gambar aku sekeluarga..nak ambik ni pun punya la susah..
anak2 sibuk nak main, yang si husband pulak malu2 kucing..hi3



tu diaaa..ni la menu malam tu..


tetamu2 yang hadir..
time sibuk tu aku tak ambik, ada dalam camera adik aku, yang ni pun kira ok ler..



ni la  tetamu khas..
maaf la, aku kenai yang ni ja..
Yb yang lain aku pun tak perasan mana satu..sori yer ^^,



gulai tu kak aku yang masak..


ni ja la pic yang aku dapat share..harap ok la yer.. (**)
pic adik2 aku yang lain tak dapat nak ambik sebab bawa haluan masing2..mentang2 la kenduri, semua pakat hilang..(aku penat, tu yang malas nak ambik..hahaha)



Saturday, 11 May 2013

Makan Angin Malam


Hari nie bersamaan dengan 12 mei 2013, abah aku akan buat sedikit kenduri kesyukuran, buat kecik2, panggil jiran2 dan kenalan yang rapat ja...makan time malam, lepas isyak.. jadi bila nak buat kenduri ni..faham-fahamlah,aspek utama yang dititikberatkan mestilah 'kebersihan'..dari kelmarin lagi mak aku tak habis2 ulang ayat yang sama, dah macam siaran ulangan astro pulak..

'kemas rumah, nak kenduri...kemas rumah, nak kenduri'!!!

walaupun rumah memang hari2 kena kemas tapi bila time nak kenduri, mak aku memang nak pastikan rumah lebih cun dari biasa, jadi pakat2 la buat apa yang patut..kalau boleh bumbung rumah pun nak berkilat..^^,

aku memang dari hari jumaat lagi dah sampai rumah mak aku, lepas ambik anak kat tadika, terus gerak balik sini..dekat encik abang pun inform pakai sms jer sebab tak sempat nak jumpa, encik abang tengah tugas..nak tunggu dia balik, pakai dakk ler sebab aku nie bukan jenis seorang yang penyabar..encik abang sila menyusul kemudian yer ^_^ ..

al-kisah sebenarnya kenduri ni nak buat minggu depan tapi disebabkan beberapa faktor yang tak dapat dielakkan, terpaksa la buat minggu ni..jadi terkena kejutan la sebentar..semua pun terpaksa disiapkan last minute..bila terpaksa buat reja di saat2 akhir, suasana pun agak sibuk la sikit..

dalam sibuk2, sempat lagi keluar pi tesco, teman kak aku (Puan Sri Idayu) pi cari fresh fruit untuk tempahan kek dari pelanggan..nak buat macammana, walaupun sibuk dengan kenduri, tempahan mesti kena siap..kami pi tiga orang, lagi sorang adalah my gurl..tak leh nak buat apa, terpaksa bawa jugak, kalau tak..mengamuk ler jawabnya..abang dan adik sibuk dok main, sebab tu tak perasan, tu pun aku terpaksa keluar ikut pintu belakang,lagi pun keluar beli barang jer, bukan nak seronok2..lepas beli singgah uptown sat, cari tudung untuk puan emak..sambil belek tudung, jamu mata tengok apa yang ada..semua cantik2, geram jer aku tengok..

kat bawah ni, pic dekat tesco, orang pun tak ramai sangat, jadi sempat la pose...


pose time...^^,









sampai rumah dah pukul 12 lebih, penat+lenguh kaki..
penat2 pun tetap nak jenguk blog jugak..sempat jugak la share aktiviti hari nie..

oklah, baik aku gerak, jam pun dah dekat pukul 3..
kalau dok layan lagi mata ni, alamat esok tak bangun la aku .. ^^,

Friday, 10 May 2013

"DOA untuk EMAK"


'Emak Saya"




Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Ya ALLAH Ya Tuhanku ....
Rendahkanlah suaraku, perindahkanlah ucapanku dan lembutkanlah hatiku untuk emakku ...
Puan Noriah binti Awang ...
Berilah ia balasan yang sebaik-baiknya atas didikannya padaku ...
Peliharalah dia sebagaimana dia memeliharaku ...

Ya ALLAH Ya Tuhanku ...
Ampunilah dosa-dosanya dan kasihanilah dirinya ...
Sebagaimana dia mengasihaniku sejak kecil ....
Panjangkanlah usianya, murahkan rezekinya dan berikanlah keberkatan
dunia dan akhirat dalam hidup kami sekeluarga .....

Sesungguhnya Engkaulah Yang Memiliki Kurnia Maha Agung dan 
Engkaulah Maha Pengasih di antara semua pengasih...

Amin Ya Rabbal Alamin.......


Wednesday, 8 May 2013

Friday, 3 May 2013

Segmen SIMPLE Contest BY DJH




jom ramai2 join Segmen SIMPLE Contest BY DJH nie..
terbaik k..kenapa aku kata terbaik???
sebabbbbb
aku salah seorang sponsor..hi2..(Set untuk Si Gadis)
tapi memang bagus pun segmen ni, semua yang join memang yang terbaik..
rugi kalau tak join, DJH memang bestt kalau bab anjur segmen..
first time jadi sponsor, teruja sangat..
best bila kenalan makin bertambah.. senyum pun sampai ke telinga.. ^_^
harap2 dapat sambutan dari teman2 blogger..

sapa2 yang nak join, klik banner tu yer..u are the best***** ^^,



Wednesday, 1 May 2013

Seloka Hati

wassup..wassup..

cuti satu hari dah selesai..esok kembali ke aktiviti asal..
jalan raya akan kembali menerima kunjungan tetamu...
mata pulak, masih terkebil walau hari sudah bertukar ...
jam di dinding sudah berdetik...
tapi hati langsung tak terusik...

esok
 janganlah datang, aku masih belum bersedia..
rindu pada hari nie, tak sanggup kehilangan...

duhai mata
mengapa kau biarkan
paksa la aku, usah dimanjakan...

bantalku
datanglah kemari..bawalah daku bersamamu
ingin kutatap dan renungimu
agar tercipta  mimpi yang indah...

wahai penghuni alam
segerakanlah tugasmu
rehatkan dirimu
biarkan sang bulan bicara bersendirian
jangan diganggu, jangan ditemani..

esok
aku nantikanmu
aku rindui kunjunganmu
sinarkanlah diriku, bawalah cahayamu
agar hariku lebih berseri..


-i luv u tomorrow,  4ever n ever-



Aku Yang Berdosa


Sejauh mana langkah ku di sana...aku melupakanMu
Seluas mana kau beri padaku..masih ku angkuh padaMu
Segalanya dusta, gelap mengaburiku

Ya Allah apa yang bisa
ku tebus kepadaMu atas dosaku
Ya Allah...ku hina terasa
biarku bersujud untuk ke syurgaMu.....




-credit for ShahirAF8-

Tuesday, 30 April 2013

Komen Aku (MasterChefMalaysia)



rajin pulak nak berblogwalking hari nie tapi tak sempat la nak jenguk2 semua..besa ler, gangguan dari peminat2 kecik..singgah dekat blog adik nie, tgk n3 tentang MasterChefSelebritiMalaysia(mcm), teringin pulak rasanya nak ulas..


memang betoi la kan, bab nie memang aku tak berkenan sungguh..kalau kita dok dekat tempat orang, takyah la sombong sangat, takdak untungnya pun..bertambah follower2 yang membenci kita ada ler..
eksyen sungguh mamat putih ni..tau ler kita tue selebriti, tambah pulak 'hot' dengan love story tapi takyah la nak mengada sangat..kalau dah tau kita tue pesyen tak boleh menerima teguran, jangan la terima tawaran mcm tue..dah sahih2 ada juri yang nak mengomen..tapi padan la jugak dengan cinta hatinya tu, aku tengok jenis pantang ditegur jugak..agak2 la kan, nie situasi yang tidak dirancang atau setakat drama jer..ermm..entah la kan tapi rasanya rating naik jugak kot..  

cerita bab cinta hatinya tue pulak, hate..hate..hate..hahaha..macam la aku nie bagus sangat tapi tak kisah la, tetap nak ngomel jugak..jangan la mengada seksi sangat, tau la gebu tapi takyah dok tayang trang tang..tang...mentang2 ler jantung hati tu muda, takmau kalah la tue..seksi dah satu hal, yang ko pergi tempelak prof tu pun satu hal..dah elok2 orang bagi teguran ikhlas, terima je la..ni tak, tunjuk sangat ketidakcerdikan kita..balas pulak dengan ayat yang kurang sopan..memang la seksi tu hak kau, sebab tu badan kau tapi kalau bala yang turun, dah tak jadi hak perseorangan yer che kak..lagi satu jangan control ayu sangat ler, tak sesuwei..bebas kan diri anda, biar tampak natural..palsu2 tak cantiklah..^^,

buat peminat tegar, aku say sory la yer kalau ada yang terbaca dan tidak berpuas hati dengan komen ikhlas aku nie..tak boleh nak buat apa, jejari aku ni terasa gatai nak menaip.. ^^,
                                                    

-setitik dakwat dari jejari seorang wanita -


Monday, 29 April 2013

Leteran Puan Emak

potpetpotpet..rajin bebenor puan emak nie bebel..tak payah dok mengadap sangat la benda alah tue..bukan boleh kenyang pun..orang pompuan kena rajin jenguk dapur, kalau tak, macammana nak ambik hati cik abang..huhu..ayat yang sungguh sinonim dengan puan emak dari aku berpinggang kerengga sampai tinggal pinggang rengg jer..'ke' dan 'ga' dah hilang di telan arus zaman..^^,
orang laki nie bukan susah sangat nak jaga..isi jer tank tu penuh2, gerenti duduk rumah ja..tak gaduh nak merap2 kat ' abang mamak' atau 'kakak siam' dah..kalau setakat dok masak dalam laptop tu, dapur sendiri pun tak berasap..ye la..ye laa..aku akan cuba praktik jadi isteri yang solehah, bukan setakat sole jer..hi3..
mak aku kalau bebel, 3 hari 3 malam pun belum tentu boleh abiss..isi kandungan yang cukup padat memang ambik masa berbulan2..tambah2 yang dibebelnya jenis macam aku, masuk telinga kanan, keluar pulak selaju air paip..memang padan la gerak bibir puan emak sama ja dari dulu sampai la.. tak pernah lekat dekat peti simpanan aku..
aku nie jenis mudah.com..tak amik port sangat walaupun seribu kali ayat yang sama juga diulang oleh puan emak..^_^ kalau zaman kanak2 ribena dulu, kut la gentar dengan ugutan sesumpah mak aku..tapi la tidak ler..hi3..takpa2..kalau esok2 mak mertua dok hingaq perut anak dia tak buncit macam orang lain, jangan time tu baru gedit2 nak godek2 resepi emak...tak laa mak, la semua dihujung jari jer..klik2, semua mai depan mata..menjawab jugak aku!!!..hi2..nampak gaya jauh lagi la harapan puan emak nak tengok anak dia merangkul gelaran 'anak solehah'..
dok dengan mak takpa la macammana pun..dok dengan laki, lama2 naik juling mata dia kalau tengok kita asyik dok mengadap benda tu jer..sayang laki ka sayang menatang empat segi tu???
ofkos la sayang encik abang mak..kita pun cerdik jugak..balik rumah mak memang 24h laa nak pegang benda ni tapi dekat rumah, pandai2 la sembunyi..hi3..

mak jangan risau, InsyaAllah..akan ku cuba juga dapatkan tittle 'isteri mithali' walaupun sukar..lepas nie mak boleh la tersenyum lebar..bibir mak tak gaduh nak lenguh2 dah bebelkan aku..^^,