Nuffnang

Friday, 17 May 2013

Terima Kasih Cikgu

Cikgu....

Dalam ajarmu ada harapan.......
Dalam tegurmu ada Doa..................
 Dalam marahmu ada sayang.....................
Dalam mesramu ada takwa..............................
Dalam diammu ada bijaksana.....................................
Dalam didikan dan tanganmu........................................
KAMI kini menjadi................................................................
...Insan berilmu dan berguna...


Buat semua cikgu di tadika Tadis, Kg Kastam...khasnya ustazah umi, ustazah supiah, ustazah shida dan ustazah izan..aku ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kerana tak jemu2 kongsikan ilmu dan mengajar anak2 aku..daripada kosong, sekarang aku dah boleh nampak perubahan mereka..

dari hari ke hari mereka semakin rajin belajar, sudah pandai menulis dan membaca..si abang, daripada merangkak, sekarang alhamdullillah, bacaan dah semakin lancar..kalau keluar, apa ja nampak, semua dia baca..abah tengok pun seronok..mama lagilah, berbunga2 syukur..ini semua pengorbanan dari cikgu ..

adik2 pun dah mula rajin selak buku..pantang tengok abang baca, ada la suara2 halus yang ikut kot belakang..nak suruh buat kerja rumah pun dah tak payah berletiaq, faham dah tanggungjawab masing2..ini la perubahan yang aku nanti-nantikan..Terima Kasih Cikgu!!!

segala jasa Cikgu tak dapat di balas, hanya doa menjadi iringan..Syukur Ya Allah..

Selamat Hari Guru dari Hazim, Lutfia & Dhamin.. (1 Aspirasi 1 Agenda)






No comments: