Makan Angin Malam
Hari nie bersamaan dengan 12 mei 2013, abah aku akan buat sedikit kenduri kesyukuran, buat kecik2, panggil jiran2 dan kenalan yang rapat ja...makan time malam, lepas isyak.. jadi bila nak buat kenduri ni..faham-fahamlah,aspek utama yang dititikberatkan mestilah 'kebersihan'..dari kelmarin lagi mak aku tak habis2 ulang ayat yang sama, dah macam siaran ulangan astro pulak..
'kemas rumah, nak kenduri...kemas rumah, nak kenduri'!!!
walaupun rumah memang hari2 kena kemas tapi bila time nak kenduri, mak aku memang nak pastikan rumah lebih cun dari biasa, jadi pakat2 la buat apa yang patut..kalau boleh bumbung rumah pun nak berkilat..^^,
aku memang dari hari jumaat lagi dah sampai rumah mak aku, lepas ambik anak kat tadika, terus gerak balik sini..dekat encik abang pun inform pakai sms jer sebab tak sempat nak jumpa, encik abang tengah tugas..nak tunggu dia balik, pakai dakk ler sebab aku nie bukan jenis seorang yang penyabar..encik abang sila menyusul kemudian yer ^_^ ..
al-kisah sebenarnya kenduri ni nak buat minggu depan tapi disebabkan beberapa faktor yang tak dapat dielakkan, terpaksa la buat minggu ni..jadi terkena kejutan la sebentar..semua pun terpaksa disiapkan last minute..bila terpaksa buat reja di saat2 akhir, suasana pun agak sibuk la sikit..
dalam sibuk2, sempat lagi keluar pi tesco, teman kak aku (Puan Sri Idayu) pi cari fresh fruit untuk tempahan kek dari pelanggan..nak buat macammana, walaupun sibuk dengan kenduri, tempahan mesti kena siap..kami pi tiga orang, lagi sorang adalah my gurl..tak leh nak buat apa, terpaksa bawa jugak, kalau tak..mengamuk ler jawabnya..abang dan adik sibuk dok main, sebab tu tak perasan, tu pun aku terpaksa keluar ikut pintu belakang,lagi pun keluar beli barang jer, bukan nak seronok2..lepas beli singgah uptown sat, cari tudung untuk puan emak..sambil belek tudung, jamu mata tengok apa yang ada..semua cantik2, geram jer aku tengok..
kat bawah ni, pic dekat tesco, orang pun tak ramai sangat, jadi sempat la pose...
pose time...^^,
sampai rumah dah pukul 12 lebih, penat+lenguh kaki..
penat2 pun tetap nak jenguk blog jugak..sempat jugak la share aktiviti hari nie..
oklah, baik aku gerak, jam pun dah dekat pukul 3..
kalau dok layan lagi mata ni, alamat esok tak bangun la aku .. ^^,
2 comments:
WahhhhWahhhWahhh..bizi2 pon sempat jugak update blog yeaaa..
Salam kenal dear...tq follow cik..cik dah follow balik tauuu..
Jom support 1st segmen cik http://azlyiejah.blogspot.com/2013/05/1st-segmen-by-cik-puan.html
Salam Perkenalan kembali buat cik ^^,
sempat tp agak lewat la..org lain dah belayar jauh,kita baru nak survey tiket..heee
insyaAllah nanti kita jejalan sana.
Post a Comment